Perbincangan:Orang India Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Master of Books (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
:Kaum eropah, Mesir purba telah mendapat bekalan rempah dari India, dari Indonesia/Malaysia sejak Archaeological excavations have uncovered clove burnt onto the floor of a kitchen, dated to 1,700 BCE, at the Mesopotamian site of Terqa, in modern-day Syria. [4] The ancient Indian epic Ramayana mentions cloves. The Romans had cloves in the 1st century CE, as Pliny the Elder wrote about them. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan pengguna:Yosri|bincang]]) 22:43, 8 Ogos 2012 (UTC)
 
::Salam. Saudara Yosri, penerangan atau rujukan "copy paste" saudara seperti di atas '''tidak menyebut langsung''' '''kewujudan komuniti India di Malaysia kuno''' ''sebelum akhir abad ke-4 Masihi.'' Tiada sebarang frasa dalam ayat "copy paste" yang menyebutnya. Maka ia cuma satu andaian & ini tak membuktikan bahawa masyarakat India telah '''berhijrah''' sejak 2,000 tahun dahulu ke Malaysia kuno. '''Cuba baca semula dengan teliti setiap maksud penerangan yang saya tulis di atas.'''
 
::Istilah yang digunakan dalam ayat tersebut iaitu '''berhijrah''' adalah tidak tepat. Berhijrah bermaksud "berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain" - menurut Kamus Dewan Edisi Empat, DBP. Dalam konteks yang dimaksudkan dalam ayat artikel tersebut, ia bermaksud komuniti India '''telah datang & menetap''' di Malaysia kuno (seawal 2,000 tahun dahulu).
 
::Saudara mendakwa komuniti tersebut telah '''telah datang & menetap'''. '''Di mana fakta yang boleh dipercayai''' iaitu hasil arkeologi dan analisis kebudayaan yang wujud pada abad-abad sebelum akhir abad ke-4 Masihi? Agama Hindu & Buddha hanya wujud selepas akhir abad ke-4 dan ke-5 Masihi berdasarkan penemuan2 arkeologi di Sungai Batu dan Lembah Bujang.
 
::Mungkin '''saudara maksudkan bahawa orang India telah datang berdagang dengan penduduk tempatan''' di Malaysia kuno seawal 2,000 tahun dahulu (maka istilah "berhijrah" adalah tidak sesuai sekali). Hal ini berdasarkan ayat "copy paste" saudara tentang "cloves" di atas. Kalau inilah maksud saudara, ia mungkin dapat '''menyokong fakta orang2 India pernah berdagang di Malaysia kuno''' (Golden Khersonese) '''tapi tidak bermakna komuniti India telah datang & menetap''' (berhijrah) ke Malaysia kuno seawal '''sebelum akhir abad ke-4 Masihi'''.
 
::Saudara '''perlu dapat membezakan''' frasa "pernah berdagang ke Malaysia kuno" dengan frasa "berhijrah" (datang & menetap). Berdasarkan pembacaan artikel dan jurnal arkeologi yang pernah saya baca, tidak terdapat sebarang penempatan India ditemui di Lembah Bujang & Sungai Batu sebelum akhir abad ke-4 dan ke-5 Masihi (dilaporkan oleh ahli2 arkeologi yang menjalankan aktiviti2 arkeologi di sana).
 
::Tambahan pula, kita hendaklah '''memahami beza antara agama dengan bangsa.''' Misalnya '''orang beragama Hindu tidak semestinya dia berbangsa India'''. Inilah yang kadang2 kita tak dapat nak bezakan.
 
 
--[[Pengguna:Master of Books|MoBs]] ([[Perbincangan pengguna:Master of Books|bincang]]) 23:58, 8 Ogos 2012 (UTC)
Kembali ke laman "Orang India Malaysia".