Kanta Serigala: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Unanimated (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Unanimated (bincang | sumb.)
Baris 37:
Gusar, Imran dan Pengurus Dania ([[Raja Norbaizura]]) melaporkan kehilangan Dania pada pihak polis. Beberapa orang peminat setia Dania telah tampil memberikan keterangan mengenai kali terakhir mereka melihat Dania. Berdasarkan keterangan saksi tersebut, semua petunjuk menjurus kepada Zarul. Lebih malang lagi, ketidakstabilan mental Zarul telah menyebabkan dia membunuh seorang anggota polis yang cuba menahan kenderaanya. Ini menyebabkan dia menjadi orang buruan dan penjenayah yang paling dikehendaki lagi berbahaya. Diketuai oleh Assistant Superintendent ([[Hussein Abu Hassan]]), pihak polis telah menguatkuasakan sekatan jalan raya serta pencarian besar - besaran bagi mengesan suspek dan mangsa penculikan. Dalam pada itu, Zarul mula menceritakan kisah sebenar kepada Dania. Kebenaran yang memilukan membuat Dania turut berasa simpati keatas Zarul dan adiknya Shakira kerana walaupun dia seorang yang kurang siuman, tapi kasih dan sayangnya pada Shakira melebihi kasih sayang Imran pada Dania. Dania cuba memujuk Zarul untuk menyerah tetapi tidak dihiraukan. Dia juga berjanji untuk tidak mendakwa Zarul dengan apa pertuduhan sekalipun atas dasar simpati.
 
Dania akhirnya berjaya melarikan diri dari pondok ditengah hutan. Zarul meredah hujan lebat untuk cuba mengesan Dania akan tetapi Imran dan pihak polis telah datang menyelamatkan keadaan. Setelah terjadinya pergelutan sengit antara Imran dan Zarul, polis melepaskan satu das tembakan yang menembusi rusuk Zarul, menyebabkan dia gagal untuk menikam Imran dengan pisaunya. Terkejut, Dania menghampiri Zarul yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut. Dania mengenggam tangan Zarul buat kali terakhir, sambil berkata Zarul bahawa dia tetap merindui adiknya, Shakira. Dia kemudianya menghembuskan nafas terakhir dihadapan Dania, membawa kasih sayangnya yang kini bersemadi dengan kematianya.
 
==Pelakon==