Cleopatra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot mengubah: yo:Cleopatra 7k
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 51:
[[Julius Caesar]] akhirnya meninggalkan Mesir. Cleopatra pula mengandungkan anak baginda. Ujian diturunkan kepada baginda apabila Sungai Nil tidak melimpah. Bandar Iskandariah yang mewah turut mengalami kebuluran. Dengan kebijaksanaan baginda walaupun sedang sarat, baginda sanggup turun untuk membuka gudang Perbendaharaan negara dan membahagikan makanan simpanan yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang Rom. Baginda juga mengeluarkan [[edik]] dari [[papirus]] dan mengarahkan supaya [[jagung]] tidak dihantar ke kawasan selatan kerana akan memungkinkan harga makanan melambung. Jagung diarahkan dihantar ke [[Iskandariah]] kerana prihatin untuk memberi kepada penduduk bandar yang tiada pertanian sara diri berbanding kawasan selatan.
 
[[Fail:Cleopatra-phoenicia-orthosia VII tetradrachm Syria mint.jpg|400jpg300jpg|right|thumb|Syiling Cleopatra dari Orthosia di PheoniciaSyria]]
Akhirnya baginda mendapat seorang anak lelaki dan dipanggil Ptolemy Caesar. Penduduk Iskandariah menggelarkannya ''Caesarion'', anak Caesar. Terdapat syiling menunjukkan Cleopatra menyusukan anaknya dalam rupa [[Isis]] menyusukan aaknya, [[Horus]].
 
Kemudian, Cleopatra dijemput oleh seorang pembantu Caesar ke Rom. Cleopatra menolak selagi Caesar tidak datang menjemput sendiri. Akhirnya baginda mengalah lalu belayar ke [[Rom]] bersama anaknya untuk berjumpa Julius Caesar. Beliau menjemputnya tinggal di pinggir bandar tetapi perlakuannya itu mengejutkan penduduk Rom.