Abdul Rahman Andak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Arteyu (bincang | sumb.)
membersihkan, mengemaskini rencana using AWB
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Dato' Abdul Rahman bin Andak.jpg|thumb|right|250px|Dato' Seri Amar Diraja - '''Dato' Abdul Rahman bin Andak''']]
'''Abdul Rahman bin Andak''' ([[1850]] - [[10 September]] [[1930]]) yang bergelar '''Datuk Seri Amar Diraja''' adalah pembesar yang sangat pintar di [[Johor]]. Bapa beliau ialah [[Haji Andak bin Haji Jamak]] manakala adiknya Tan Sri [[Taib Andak]]. Beliau telah mendapat pendidikan [[British]]. Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.
 
Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.