Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 31:
[[Imej:YosriMeriamJepun.jpg|350px|thumb|left|Meriam yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II di Tanah Melayu.]]
 
Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. [[Perang Dunia II]] di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan kebagi [[Pelabuhanserangan Pearl Harbor|menyerang Pearl Harbor]]. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9, merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras [[meriam katak]] 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam Lapangan Ke-73 daripada Rejimen Lapangan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu]].
 
===Pendaratan Jepun di Kota Bharu===