Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zurggie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zurggie (bincang | sumb.)
Baris 35:
 
Dari segi infrastruktur, pada awal 1965 terdapat 3 blok bangunan yang menempatkan 17 bilik darjah, 1 makmal sains, 1 bengkel Seni Perusahaan, 1 bilik jahitan, 1 bilk masakan dan 2 buah rumah guru luar bandar. Pada tahun 1971, satu bangunan tambahan yang menyediakan 6 bilik darjah dan 1 makmal sains telah didirikan. Seterusnya, sebuah lagi bangunan yang mengandungi 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 3 makmal sains telah siap dibina pada tahun 1980. Menjelang 1985, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah dan 4 makmal sains telah dibina. Kini, sekolah ini telah terdiri daripada 8 buah blok yang dinamakan mengikut abjad bermula dengan blok A yang merupakan blok pentadbiran sehinggalah blok H. Dua buah bangunan baharu lagi yang telah disiapkan pada akhir tahun 2010 iaitu blok G dan H yang menempatkan tingkatan 6 (Pra-U).
 
Seterusnya, dari segi komposisi pelajarnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Pada tahun 2011, jumlah pelajarnya seramai 831 orang pelajar yang terdiri daripada lebih kurang 51% pelajar Melayu, 30% pelajar Cina dan 19% pelajar India. Kehadiran pelajar ke sekolah dianggap cemerlang dengan hitung panjang kehadiran melebihi 94%.
 
== Senarai Pengetua dari 1969 hingga Sekarang ==