Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k penerbitan
Baris 40:
}}
 
'''Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia''' atau(MARDI) juga([[bahasa dikenali sebagaiInggeris|Inggeris]]: ''Malaysian Agricultural Research and Development Institute'' '''(MARDI)''') ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang [[makanan]] dan [[pertanian]] dan industri asas tani di [[Malaysia]]. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969). Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai [[varieti]] dan [[klon tanaman]] baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk [[hortikultur]] dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi [[pertanian tepat]] bagi tanaman [[padi]] serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.
 
Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.
Baris 52:
== Sejarah ==
MARDI ditubuhkan melalui [[Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969]].
 
==Penerbitan==
Salah satu matlamat utama MARDI menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui penerbitan. Untuk itu MARDI telah menerbitkan pelbagai jenis penerbitan yang dikelaskan kepada:
Penerbitan bersiri:
*Jurnal of Tropical Agricultural and Food Science
*Buletin Teknologi Tanaman
*Buletin Teknologi Ternakan
*Buletin Teknologi Makanan
*Economic Technology and Management Review
*Laporan Tahunan
*Majalah AGROMEDIA
 
Manual teknologi— Ia terkandung maklumat yang boleh dijadikan asas untuk petani menanam atau pengusaha mengeluarkan produk mengikut spesifikasi, kos dan kuantiti yang ditetapkan.
 
Buku/Monograf/Laporan— Ini termasuklah buku panduan pertanian dan ternakan, prosiding persidangan dan laporan kaji selidik yang menyeluruh.
 
Siri khidmat perunding— Terdapat dua siri dalam kumpulan ini iaitu Siri Panduan Usahawan dan Model Perusahaan Makanan yang memberi penerangan terperinci tentang pemprosesan pelbagai produk makanan serta maklumat termasuk bahan mentah yang digunakan, kos pengeluaran, aspek pemasaran dan pengurusan makanan. Penerangan tentang pemprosesan dilengkapkan dengan carta alir dan pelan bagi menubuhkan sesuatu industri makanan.
 
Penerbitan am— Ia lebih kepada edaran brosur.
 
== Alamat surat menyurat ==