Buka menu utama

Perubahan

1,535 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
Membalikkan suntingan oleh Izhamwong (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh AnnaMariaSFSchmidt
E-buku boleh dikategorikan seperti [[buku]] teks. Ia merangkumi bidang [[pendidikan]], [[teknologi]], [[agama]], [[politik]], [[alam sekitar]], [[kehidupan]], [[masakan]] dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di [[internet]].
 
Industri buku digital telah wujud secara kecil-kecilan sejak 90-an lagi, namun industri ini pada awalnya merupakan jualan petua-petua kejayaan dalam bentuk fail PDF daripada laman sesawang. Industri eBuku berstruktur hanya wujud di Malaysia empat tahun setelah revolusi eBuku bermula di Amerika Syarikat sempena perkenalan peranti Kindle oleh Amazon pada November 2007.
Di [[Malaysia]], syarikat [[MPH]] telah menjadi pemula untuk e-buku dengan mengeluarkan e-buku yang telah tamat tempoh hak ciptanya dan diedarkan melalui laman web mereka.<ref>[http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2012/3/30/lifebookshelf/10991571&sec=lifebookshelf The e-book advantage]. The Star. Capaian 31 Mac 2012.</ref>
 
== Sejarah eBuku Malaysia ==
 
 
2010
 
Oktober 2010, sebuah penerbit tempatan, [http://www.karnadya.com.my KarnaDya Solutions Sdn Bhd] menerbit eBuku dalam format EPUB dan MOBI untuk dijual dalam Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo.
 
 
2011
 
April 2011, sebuah syarikat ICT, [http://www.xentralmethods.com Xentral Methods Sdn Bhd], telah memulakan latihan pendigitalan dan mengumpul kandungan eBuku daripada penerbit-penerbit tempatan untuk projek portal digital [http://www.e-sentral.com e-Sentral].
 
Mei 2011, KarnaDya Solutions Sdn Bhd memperkenalkan buku interaktif Bahasa Melayu pertama, "[https://itunes.apple.com/app/aina-emir-hingga-akhir-hayat/id443377359?mt=8 Hingga Akhir Hayat]", untuk jualan di Apple Appstore.
 
September 2011, Xentral Methods Sdn Bhd melancarkan e-Sentral, portal eBuku lengkap pertama di Malaysia.
 
Disember 2011, Kumpulan MPH memperkenalkan [http://www.mphdigital.my MPH Digital], perkhidmatan penerbitan digital dan kedai eBuku.
 
 
2012
 
Februari 2012, Xentral Methods Sdn Bhd memperkenalkan elemen interaktif dalam eBuku melalui HTML5 dalam EPUB untuk penerbit menghasilkan kandungan berinteraktif dalam portal eBuku e-Sentral.
 
Mei 2012, syarikat telekomunikasi Maxis melancarkan [http://www.ebuuk.com.my eBuuk], kedai eBuku Maxis.
 
Oktober 2012, [http://www.ytl.my YTL Corp] melalui perkhidmatan telekomunikasi YES memulakan inisiatif buku teks digital bersama Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui platform [http://www.frogasia.com frogasia].
 
== Kelebihan ==
245,158

suntingan