Kategori:Orang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: af,ak,als,am,ang,ar,an,ast,gn,ay,az,id,bn,zh-min-nan,map-bms,ba,be,be-x-old,bar,bs,br,bg,ca,cs,cy,da,pdc,de,dsb,dz,et,en,es,eo,eu,ee,fa,fo,fr,fy,ff,ga,gag,gl,gan,gu,xal,ko,hy,hi,hsb,hr,io,ilo,ia,os,is,it,he,pam,ka,kk,kw,ky,mrj,sw,ht,ku,la...
Aurora (bincang | sumb.)
kategori
Baris 1:
''Rencana utama untuk kategori ini adalah '''[[Orang]]'''''.
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
{{Kategori Commons|People}}
 
[[Wikipedia:Kategori|Kategori]] ini adalah untuk rencana biografi.
Dilahirkan pada 15 November 1965 di Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Pembangunan Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 18 Disember 1995. Sebelum itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya (1986-1990) dan memperolehi Ijazah Bacelor Usuluddin (Hons.) dan mendapat Ijazah Sarjana (Pengajian Islam) dari Universiti Sains Malaysia (1994) serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam dari University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 2000.
* Untuk rencana tentang bangsa [[manusia]] secara am lihat: [[:Kategori:Manusia]].
* Untuk rencana tentang buku biografi, lihat [[:Kategori:Biografi]].
 
[[Kategori:Kehidupan peribadi]]
Kini beliau berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia (sejak 1 September 2012) dan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia serta mengajar kursus Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di peringkat ijazah. Beliau pernah mengajar kursus seperti Kenegaraan Malaysia, Berfikir dan Menaakul, Penelitian Sosial dan Perkembangan Sains Dalam Tamadun Islam. Beliau juga pernah mengajar Kursus Kaedah Penyelidikan di peringkat pasca-siswazah dan dijemput menyampaikan ceramah dalam kursus pascasiswazah di Institut Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.
[[Kategori:Manusia]]
 
[[Kategori:Masyarakat]]
Beliau juga terlibat dalam banyak penyelidikan bersama rakan-rakan penyelidik yang lain dalam bidang berkaitan dengan integriti, dadah, 1Malaysia, interaksi sosial, sejarah, politik, kebangkitan Islam, hubungan Muslim-Non-Muslim dan pengajian serta pemikiran Islam.
 
Pada usianya yang muda, beliau telah diamanahkan untuk memegang satu jawatan besar; Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (2003 hingga 2010 – termasuk pemangkuan) iaitu satu rekod terlama seseorang pegawai akademik menjawat kedudukan tersebut dalam sejarah Universiti Putra Malaysia.
 
Pada tahun 2011, beliau telah dianugerahkan fellowship fund daripada European Union (Kesatuan Negara-negara Eropah) sebagai sarjana pelawat di bawah Erasmus Mundus Eurasia2 Partnership Program Action 2, EM A2 iaitu program kerjasama antara universiti terpilih di peringkat antarabangsa di mana saintis dan saintis sosial mendapat peluang untuk menjalankan penyelidikan dan kerjasama di dalam negara yang menjadi ahli Kesatuan Negara-negara Eropah.
 
Beliau juga pernah muncul dalam kaca televisyen dan siaran yang diterbitkan oleh Astro Oasis (Iktibar Dari Tanah Suci), TV3 (Al-Kuliyyah) dan RTM2 (Rancangan Minda). Beliau juga pernah menjadi penceramah jemputan dalam rancangan “live” Al-Hidayah terbitan Radio Malaysia Perak selama setahun. Artikel dan berita yang mengenengahkan pendapat beliau juga banyak yang tersiar dalam akhbar rasmi Universiti Putra Malaysia; Tribun Putra, Suara Pusat Islam UPM, Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, BERNAMA dan New Strait Times.
 
Sewaktu belajar di Universiti Malaya (1986-1990), beliau telah menjawat beberapa jawatan penting sama ada di peringkat kolej, fakulti maupun universiti. Beliau adalah Pengarah Pameran Tentera dan Polis sempena Pesta Konvokesyen Universiti Malaya (1989), Setiausaha Lujnah Usuluddin, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya dan Ahli Jawatankuasa Asrama Pantai Puri, Universiti Malaya. Di Universiti Sains Malaysia pula, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Siswazah Ijazah Lanjutan Universiti Sains Malaysia (PERSILA).
 
Beliau juga pernah menjadi pakar rujuk zakat bagi Universiti Putra Malaysia dan pakar masalah sosial bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau juga adalah Panel Pakar Modul Latihan dan Pembangunan Sukarelawan Al-Falah untuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) (sejak 16 Oktober 2003). Beliau juga pernah menjadi Panel Penilai kursus-kursus Sains Sosial dan Sastera Gunaan untuk National Accreditation Board (LAN), Institusi Pengajian Tinggi Swasta sejak 27 November 2001 hingga 26 November 2003.
 
Minat dan kepakarannya terserlah dalam dunia akademik dan wacana intelektual dengan ratusan siri ceramah, kursus, bengkel dan pembentangan kertas kerja sama ada pada peringkat nasional maupun antarabangsa.
 
Di peringkat nasional, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kepatuhan MAMPU, Masjid Putra, Putrajaya (2003-2007) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Muhammad bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) (2004-2010) dan menganggotai puluhan jawatankuasa di peringkat Universiti Putra Malaysia ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam konteks perkhidmatan profesional kepada masyarakat, di antaranya sebagai Nazir Kariah Serdang, Selangor (2004-2011) dan Timbalan Yang DiPertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras, Selangor (2009). Beliau juga pernah menjadi Naib Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Panel Pemikir dan Penceramah Khas Yayasan Islam Hadhari (2005-2008) dan Penceramah Khas Yayasan Pembangunan Insan (2010). Terkini, beliau telah dilantik sebagai Penceramah Jemputan dalam Program Pembinaan Negara Bangsa (PEMBINA) yang dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Kepemimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Putra Malaysia.
 
Beliau juga adalah Ahli Sidang Editor (Editorial Board Member), PERTANIKA Journal of Social Science and Humanities sejak tahun 2009, Penilai bagi Jurnal Islamiyyat terbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2007), Penilai bagi Jurnal MALIM (2012), Universiti Kebangsaan Malaysia serta Penilai Jurnal Sri Alam terbitan Perbadanan Adat Istiadat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) (2011-2012).
 
Beliau juga pernah dilantik sebagai Penilai buku-buku terbitan Penerbit Universiti Putra Malaysia dan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia serta dilantik sebagai Penilai buku oleh Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Di peringkat antarabangsa pula beliau adalah Ahli Sidang Editor (Editorial Board Member), International Journal of Environment, Ecology, Family and Urban Studies (IJEEFUS) [Sejak 5 Ogos 2011] dan Ahli Sidang Editor (Editorial Board Member), Journal of Environment, Ecology, Family and Urban Studies (JEEFUS) [Juga sejak 5 Ogos 2011]. Beliau juga adalah Editor Bersekutu (Associate Editor), International Journal of the Humanities (Sejak 2011).
 
Pada masa sekarang, beliau juga adalah penyelia atau penyelia bersama kepada enam orang pelajar Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah dan pengajian ketamadunan serta bidang-bidang yang lain. Beliau juga telah menjadi penyelia kertas projek kepada ramai pelajar tahun akhir di Fakulti Ekologi Manusia. Kepakaran beliau juga terserlah di dalam dan luar Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah menjadi Pemeriksa Luar tesis Master dan Ph.D di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya termasuk menjadi Pemeriksa dalam di Universiti Putra Malaysia.
 
Beliau juga pernah menjadi penyelaras Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada sekurang-kurangnya sepuluh institusi pengajian tinggi swasta. Beliau juga adalah mantan Penasihat kepada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (2004-12 Julai 2012) dan mantan Penasihat Persatuan Pentas Ilmuan, Universiti Putra Malaysia (2004-2005). Beliau juga pernah menjadi Felo Kolej Kedua, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor bermula 8 Mac 1996 hingga 15 Disember 1996.
Mengenang jasanya kepada komuniti dan masyarakat di negeri Selangor Darul Ehsan, beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada tahun 2009.
 
Beliau juga telah dianugerahkan Sijil Penghargaan atas sumbangannya sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia (Februari 2010), Anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia (2007), Anugerah Setia Pendaftar, Kempen Murahkan Senyuman Tingkatkan Perkhidmatan oleh Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (2008), Anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang (2006), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Sijil Penghargaan Atas Sumbangan Sebagai Ahli Jawatankuasa Kualiti Pejabat Pendaftar UPM (2008).
 
Dalam konteks pengiktirafan penyelidikan pula, beliau juga telah berjaya meraih pingat Perak dalam Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM 2010 dan 2011 (PRPI10), Pingat Perak dalam Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM (2005), Pingat Gangsa dalam Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM (2004), Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Staf Akademik) Fakulti Ekologi Manusia (2002), dan Pingat Gangsa, Pameran Rekacipta dan Penyelidikan UPM (2002).
 
Beliau juga telah menerima anugerah Bumiputera Academic Training Scheme [SLAB] (Scholarship), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Universiti Putra Malaysia (1996-2000), Skim Siswazah Pembantu, Sekolah Siswazah, Universiti Sains Malaysia (1992-1993), Skim Siswazah Pembantu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1991-1992), Dermasiswa Perguruan Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya (1986-1990), Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Peperiksaan Taujihiyyah (STU), Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor (1985 – Sekolah Berasrama Penuh - SBP) dan Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki), Jalan Air Hitam, Pulau Pinang (1983).
 
[[af:Kategorie:Mense]]