Undang-undang kontrak Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Alistaire (bincang | sumb.)
Baris 70:
 
Akan tetapi tukaran adalah doktrin yang didapati dari ''common law'' dan boleh digantung di bawah prinsip-prinsip [[ekuiti]]. Secara sejarahnya, England punyai dua sistem mahkamah yang berlainan, dan [[Mahkamah-Mahkamah Canseri]] yang mendapat kuasanya daripada [[Raja]] melalui ''[[Lord Chancellor]]'', diberi keutamaan mengatasi mahkamah-mahkamah ''[[common law]]'' dan inilah hakikatnya selepas kedua-dua sistem ini digabungkan pada tahun 1875.<ref>See the [[Supreme Court of Judicature Act 1875]]</ref> Doktrin [[janji estopel]] memutuskan bahawa apabila seseorang memberikan jaminan kepada satu lagi, dan yang satu lagi bersandarkan kepadanya dan ia tidak bersamaan untuk tidak mengotakan janji itu, orang yang menjamin akan diestop daripada tidak mengotakan janjinya. Maka dalam kes ''[[Hughes lwn Metropolitan Railway Co]]''<ref>(1877) 2 App Cas 439</ref> Dewan Pertuanan memutuskan bahawa penyewa tidak boleh dipaksa keluar oleh tuan hartanah untuk kegagalannya untuk membaiki hartanah berkenaan seperti di dalam kontrak disebabkan tindakan tuan tanah itu memulakan rundingan untuk menjual hartanahnya itu secara tidak langsung menggantung tanggungjawabnya itu. Dan dalam kes ''[[Central London Properties Ltd lwn High Trees House Ltd]]''<ref>[1947] KB 130</ref> [[Denning J]] memutuskan bahawa seorang tuan tanah akan tiestop daripada menuntut sewa pada kadar biasa semasa [[Perang Dunia Kedua]] disebabkan dia telah menjamin bahawa sewa boleh dibayar pada kadar setengah sehingga perang selesai. Mahkamah Rayuan melangkah lebih jauh dalam kes ''[[Collier lwn P&M J Wright (Holdings) Ltd]]''.<ref>[2007] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/2007/1329.html EWCA Civ 1329]. This decision essentially copies the ''obiter dicta'' of Lord Denning MR in ''[[D & C Builders v Rees]]'' [1966] 2 QB 617</ref> Arden LJ berhujah bahawa seorang rakan kongsi yang dijamin yang dia hanya perlu bertanggungjawab terhadap satu pertiga daripada hutang perkongsiannya berbanding [[bersesama dan berasingan bertanggungan]] untuk kesemua hutang tersebut, telah bergantung kepada jaminan tersebut dengan membuat pembayaran, dan ia tidak saksama untuk syarikat kewangan itu menuntut kesemua hutang darinya. Maka, janji estopel boleh mengelakkan peraturan ''common law'' kes ''[[Foakes lwn Beer|Foakes]]''. Akan tetapi janji estopel difikirkan tidak boleh menjadi [[kausa tindakan]] secara sendirinya, maka seseorang hanya boleh menggunakan janji estopel sebagai "perisai", tetapi tidak boleh membawa kausa tindakan estopel sebagai "pedang".<ref>e.g. ''[[Combe v Combe]]'' [1952] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/7.html EWCA Civ 7]</ref> Di Australia, peraturan ini diketepikan dalam kes ''[[Walton Stores (Interstate) Ltd lwn Maher]]'' yang mana Encik Maher diajak yang dia akan beroleh kontrak untuk menjual tanahnya, dan mula meruntuhkan bangunannya sebelum Kedai Walton memberitahunya bahawa mereka tidak mahu terus dengan pembelian. Encik Maher kemudiannya mendapat ganti rugi yang lumayan (iaitu [[ganti rugi persandaran]], tetapi seakan-akan ganti rugi jangkaan kontrak).<ref>''[[Walton Stores (Interstate) Ltd v Maher]]'' (1988) 164 CLR 387</ref> Namun, apabila jaminan melibatkan hak terhadap hartanah, sejenis lagi "[[hartanah estopel]]" membenarkan seseorang penuntut untuk memplidkan estopel sebagai kausa tindakan. Maka dalam kes ''[[Crabbe lwn Majlis Daerah Arun]]'', Encik Crabbe dijamin bahawa beliau akan mendapat laluan akses kepada tanahnya oleh Majlis Daerah Arun, dan bersandarkan itu dia menjual separuh dari hartanahnya yang punyai satu-satunya laluan akses yang wujud. Majlis kemudiannya diestop daripada tidak melakukan apa yang dikatakannya akan dilakukan.<ref>See, ''[[Crabb v Arun District Council]]'' [1976] 1 Ch 170. See also ''[[Yeoman’s Row Management Ltd v Cobbe]]'' [2008] [http://www.publications.parliament.uk/pa/ld200708/ldjudgmt/jd080730/yeoman-1.htm UKHL 55]</ref> Memandangkan analisa undang-undang kompleks yang perlu dilalui untuk mendapatkan penyelesaian mudah, ia tidaklah ganjil bahawa sebilangan pengkomen<ref>e.g. [[PS Atiyah]], 'Consideration: A Restatement' in ''Essays on Contract'' (OUP, 1986) 195</ref> disamping [[Prinsip-Prinsip Undang-Undang Kontrak Eropah]] memanggil untuk doktrin tukaran dihapuskan, dengan meninggalkan kehendak perjanjian dan niat mengadakan perhubungan undang-undang. Tindakan ini juga akan menghapuskan keperluan untuk doktrin priviti ''common law''.
 
===Priviti===
{{see also|Priviti dalam undang-undang Inggeris|Priviti dalam kontrak}}
Peraturan ''common law'' priviti dalam kontrak adalah subperaturan tukaran kerana ia membataskan siapa yang boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap mereka yang membawa tukaran kepada rundingan. Dalam kes awal, ''[[Tweddle lwn Atkinson]]'', ia didapati bahawa seorang anak tidak memberikan apa-apa tukaran untuk janji bapa tirinya kepada bapa kandungnya untuk membayar kepada anaknya £200 dan oleh sebab demikian dia tidak boleh menuntut wang itu.<ref>[1861] [http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/QB/1861/J57.html EWHC QB J57]</ref> Disebabkan prinsip bahawa kebolehan menguatkuasakan obligasi perlu mencerminkan sesiapa yang punyai kepentingan dalam perlakukannya, pada tahun 1996 Suruhanjaya Undang-Undang dinamakan ''Privity of Contract: Contracts for the Benefit of Third Parties'' mencadangkan bahawa sementara mahkamah-mahkamah dibiarkan memajukan ''common law'', sesetengah lagi ketidakadilan yang lebih ketara harus dibuang.<ref>(1996) Report No 242, 5.10. See A Burrows, 'The Contracts (Rights of Third Parties) Act 1999 and its implications for commercial contracts' [2000] LMCLQ 540, but also, heaping criticism on the reforms, R Stevens, ‘The Contracts (Rights of Third Parties) Act 1999’ (2004) 120 LQR 292</ref> Ini menjerus kepada [[Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999]]. Dibawah seksyen 1, pihak ketiga dibenarkan menguatkuasakan suatu perjanjian sekiranya ia seakan memberikan manfaat kepadanya, secara individu atau ahli sepasukan, dan tiada stipulasi bahawa pihak demikian tidak dibenarkan menguatkuasakannya.<ref>[[CRTPA 1999]] ss 1(1)(a), 1(1)(b) and 1(2) respectively.</ref> Dalam hal ini terdapat beban yang kuat diatas pihak yang menuntut bahawa tuntutan tidak diniatkan oleh pihak ketiga.<ref>See ''[[Nisshin Shipping Co Ltd v Cleaves & Co Ltd]]'' [2004] 1 Lloyd’s Rep 38, [23]</ref> Pihak ketiga mempunyai remedi yang sama seperti yang menjadi privi terhadap suatu perjanjian, dan boleh menguatkuasakan kedua-dua manfaat positif, atau batasan liabiliti, seperti dalam klaus pengecualian.<ref>[[CRTPA 1999]] ss 1(5) and 1(6)</ref> Hak pihak ketiga hanya boleh dimansuhkan atau ditarik balik tanpa persetujuan beliau sekiranya dapat dijangkakan bahawa beliau akan bersandarkan kepadanya.<ref>[[CRTPA 1999]] s 2</ref>
 
==Lihat juga==