Pertempuran di Kampar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pertempuran Kampar''' merujuk kepada pertempuran yang berlaku di bandar Kampar, yang ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah di [[negeri Perak]]. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen [[penjajahan Jepun di Tanah Melayu]], pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.
 
Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftean-Jeneral Arthur E. Percival, commander-in-chief bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 [[meter]] dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar: rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah [[jalan raya|jalan raya utama]] dan jalan [[kereta api]]. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang selesa bagi meriam pertahanan - ini kerana pihak Birtish mempunyai kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.
 
Sehingga petang Krismas 1941, batalion British masih bertungkus lumus menyediakan tempat pertahanan bagi menghadapai kemaraan tentera Jepun yang mereka tahu semakin menghampiri kedudukan mereka setiap jam. Sungguh pun begitu, mereka sempat menikmati hidangan krismas dengan ayam belanda, ayam dari pasar Kampar, roti segar, cokelat dan juga minuman keras. Selain itu setiap masa yang tinggal diisi dengan tugasan menggali sistem kubu perparitan, sarang mesingan, dan pos pemerhati.
Baris 13:
 
Pasukan Jepun cuba menguji barisan pertahanan British, dan mengalami jumlah korban yang tinggi, tetapi pada hari Tahun Baru 1942, pasukan pemerintah Jepun memutuskan serangan besar-besaran pada bahagian timur rabung Thompson. Mereka berjaya menumpaskan beberapa kedudukan British kerana senjata pasukan yang bertahan lekat apabila larasnya menjadi merah pijar tanpa gantian. Hanya beberapa jam kemudian barulah pihak British mampu menawan kembali sebahagian daripada kedudukan tersebut, selepas korban jiwa yang besar dan beberapa kali serbuan.
 
 
Dalam pertempuran tersebut yang berlangsung antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, keberkesanan pasukan meriam [[British]], kemungkinannya termasuk meriam 25 paun pasukan Leftenan Hartley, mengakibatkan jumlah korban yang tinggi dikalangan tentera [[Jepun]].