Paku Alam VIII: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Paku Alam VIII''' ([[1910]] - [[1998]]) ialah putera [[Dinasti Kartasura]] di [[Pakualaman]] yang menjadi "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo" yang, menggantikan mendiangalmarhum ayahnya pada [[13 April]] [[1937]]. Dilahirkan dengan nama BRMH '''Sularso Kunto Suratno''', beliau diangkat sebagai "KPH Prabu Suryodilogo" pada [[4 September]] [[1936]]. Selepas ketibaan [[Tentera Jepun]] pada tahun [[1942]], beliau mulai menggunakan gelaran '''Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Paku Alam VIII'''.
 
Pada [[19 Ogos]] [[1945]], Paku Alam VIII bersama [[Hamengkubuwono IX]] menghantar sebuah [[telegram]] kepada [[Sukarno]] dan [[Mohammad Hatta]] supaya mengasaskan [[Republik Indonesia]] dan melantik kedua-dua mereka masing-masing sebagai [[Presiden]] dan [[Timbalan Presiden]]. Pada [[5 September]] [[1945]], beliau mengeluarkan Mandat/Maklumat secara rasmi untuk menggabungkan Kadipaten Pakualaman dengan negara Republik Indonesia dan dari saat itu, kerajaan terkecil pecahan [[Mataram II]] ini menjadi sebuah [[Daerah Istimewa Indonesia]]. Melalui Mandat Bersama antara [[Hamengkubuwono IX]] dan Paku Alam VIII, serta denganatas persetujuan daripada Jawatankuasa Daerah Yogyakarta untuk Badan Pekerja Nasional Indonesia pada [[30 Oktober]] [[1945]], mereka berdua-dua menggabungkan Daerah Kesultanan dan Kadipaten dengan nama [[Daerah Istimewa Yogyakarta]] dan menjawat sebagai Timbalan Ketua Daerah Istimewa mendampingi Hamengkubuwono IX yang menjadi Ketua Daerah Istimewa. Antara tahun-tahun 1946 dan 1978, Paku Alam VIII sering menggantikan tugas harian Hamengkubuwono IX sebagai ketua daerah istimewa kerana kesibukan Hamengkubuwono IX sebagai menteri dalam berbagai-bagai kabinet Republik Indonesia. Pada [[20 Mei]] [[1998]], beliau bersama [[Hamengkubuwono X]] mengeluarkan Maklumat untuk mendukung [[Reformasi Damai]] di [[Indonesia]].
 
Selepas kemangkatan [[Hamengkubuwono IX]] pada tahun 1988, Paku Alam VIII menggantikannya sebagai Gabenor [[Daerah Istimewa Yogyakarta]] sehingga kematian sendiri pada tahun 1998.