Kde domov muj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''''Kde domov můj?''''' (''Di mana rumahkukediamanku?'') adalah [[lagu kebangsaan]] [[Republik Czech]] dan telah digunakan sejak merdeka pada [[1993]]. Di dalam negara lama [[Czechoslovakia]], lagu ini merupakan bahagian pertama dalam lagu kebangsaan negara tersebut, dengan [[Nad Tatrou sa blyska|lagu kebangsaan Slovakia]] merangkumi bahagian kedua.
 
Lagu ini digubah oleh komponis [[Frantisek Skroup|František Škroup]] dan penulis drama [[Josef Kajetán Tyl]] sebagai sebahagian daripada cerita komedi ''Fidlovačka aneb žádný hněv a žádná rvačka'' (Fidlovačka, atau tiada amarah dan pergaduhan). Ia dipentaskan buat pertama kali di Stavovské Divadlo (Teater Estates) di [[Prague]] pada 21 Disember 1834. Lagu ini pada asalnya memiliki lebih dari satu stanza, tetapi kini, hanya stanza pertama digunakan untuk lagu kebangsaan dan yang lain dilupakan.