Penerbangan 114 Penerbangan Arab Libya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
Pada ketika ini, kepimpinan Israel sudah membuat rumusan bahawa pesawat ini adalah pesawat yang digunakan oleh kumpulan pengganas dan mesti tidak dibiarkan melepaskan diri. Pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] diarahkan memaksa pesawat Libya itu untuk mendarat. Pada jam 14:08, pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] itu menembak hujung sayap pesawat [[Boeing 727]] itu. <br />Apabila tidak ada tanda-tanda pesawat itu akan bertukar arah untuk mendarat di [[Redifim]], pesawat Israel itu menembak hujung sayap pesawat Libya itu untuk memberikan amaran akan kesungguhan mereka mengambil tindakan drastik sekiranya perlu. Apabila tidak tanda-tanda yang menunjukkan pesawat Libya itu akan akur kepada arahan untuk mendarat, juruterbang pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] Israel itu menembak arah pangkal sayap (wing root) pesawat [[Boeing 727]] yang menyebabkan kerosakan teruk pesawat itu. Disebabkan kerosakan teruk, juruterbang Perancis pesawat Libya itu cuba membuat pendaratan kecemasan di kawasan gurun tetapi terlanggar satu gumuk pasir (sand dune). <br />108 daripada 113 orang yang berada dalam pesawat Libya itu terbunuh. Kedudukan pesawat itu hanya satu minit masa penerbangan dari ruang udara Mesir, berhampiran [[Ismaïlia]].
 
=== Kejadian Mengikut Perspektif [[Israel]] ===
 
Pada jam 14:01, pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] Israel itu melepas tembakan peluru surih (tracer shells) di hadapan pesawat Penerbangan 114. Pesawat Libya itu bertukar arah dan memulakan penurunan ke pangkalan udara [[Refidim]], dan mengeluarkan gear pendaratan apabila mencapai ketinggian 5,000 kaki. Tetapi pesawat itu tiba-tiba bertukar arah menuju ke barat dan semakin menaik. Juruterbang pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] mengingatkan pesawat [[Boeing 727]] itu hendak pusing bagi membuat percubaan pendaratan kali kedua, tetapi pesawat Libya itu meneruskan penerbangan ke barat seolah-olah mahu melepaskan diri. Juruterbang Israel itu melepas lagi tembakan peluru surih sebagai amaran.
 
Pada ketika ini, kepimpinan Israel sudah membuat rumusan bahawa pesawat ini adalah pesawat yang digunakan oleh kumpulan pengganas dan mesti tidak dibiarkan melepaskan diri. Pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] diarahkan memaksa pesawat Libya itu untuk mendarat. Pada jam 14:08, pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] itu menembak hujung sayap pesawat [[Boeing 727]] itu. Apabila tidak ada tanda-tanda pesawat itu akan bertukar arah untuk mendarat di [[Redifim]], pesawat Israel itu menembak hujung sayap pesawat Libya itu untuk memberikan amaran akan kesungguhan mereka mengambil tindakan drastik sekiranya perlu. Apabila tidak tanda-tanda yang menunjukkan pesawat Libya itu akan akur kepada arahan untuk mendarat, juruterbang pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] Israel itu menembak arah pangkal sayap (wing root) pesawat [[Boeing 727]] yang menyebabkan kerosakan teruk pesawat itu. Disebabkan kerosakan teruk, juruterbang [[Perancis]] pesawat Libya itu cuba membuat pendaratan kecemasan di kawasan gurun tetapi terlanggar satu gumuk pasir (sand dune). 108 daripada 113 orang yang berada dalam pesawat Libya itu terbunuh. Kedudukan pesawat itu hanya satu minit masa penerbangan dari ruang udara Mesir, berhampiran [[Ismaïlia]].
 
=== Perspektif Pesawat Penumpang ===
 
[[image:shootdownflight114.jpg|thumb|right|Gambaran artisitik penembakan jatuh pesawat Penerbangan 114 Libya pada 21.02.73]]
 
Apabila pesawat [[F-4 Phantom II|F-4]] Israel muncul, juruterbang pesawat [[Libya]] menyangkakan pesawat itu pesawat MiG-21 milik Tentera Udara Mesir. Apabila menerima isyarat tangan daripada juruterbang pesawat pejuang [[F-4 Phantom II|F-4]] Israel (yang disangkakan pesawat [[MiG-21]] Mesir, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat Libya marah melihat isyarat biadap yang ditunjukkan oleh juruterbang pesawat pejuang Israel (yang disangkakan juruterbang Mesir) itu. Di [[Kaherah]] terdapat dua buah lapangan terbang, Cairo East dan Cairo West. Cairo East adalah lapangan terbang antarabangsa sementara Cairo West digunakan oleh [[Tentera Udara Mesir]]. Juruterbang pesawat Libya itu memikirkan mereka sudah terlepas lapangan terbang Cairo East dan menyangkakan pesawat pejuang itu akan mengiringi mereka semula ke Cairo East.
 
Apabila pesawat Libya menurun menuju [[Redifim]], juruterbang dan pembantu juruterbang menyedari pangkalan itu sebuah pangkalan udara tentera. Mereka membuat rumusan bahawa mereka tersilap dan menukar arah haluan penerbangan untuk menuju semula ke Cairo East. Apabila pesawat mereka ditembak oleh pesawat pejuang berkenaan, juruterbang dan pembantu juruterbang kebingungan kerana tidak melihat sebab mengapa mereka diberikan tembakan amaran. Rakaman dari [[perakam suara kokpit]] (black box) menunjukkan juruterbang dan pembantu juruterbang tidak mengetahui sebab mengapa mereka ditembak.
 
== Kesudahan ==
 
Pada mulanya, [[Israel]] menafikan pembebatan dalam kejadian penembakan jatuh pesawat Libya LN 114. Tetapi apabila syarikat Boeing membuat analisis rakaman suara kokpit yang merakamkan perhubungan antara pesawat itu dengan menara kawal Kaherah, [[Israel]] mengakui menembak jatuh pesawat itu. Kerajaan [[Israel]] akhirnya menghebahkan bahawa keputusan menembak jatuh pesawat Libya LN 114 dibuat oleh Ketua Turus [[Angkatan Tentera Israel]] [[David Elazar]]. [[Israel]] memberikan alasan keadaan ketegangan dalam suasana perang dan juga menyalahkan tindak laku tidak ketahuan oleh juruterbang pesawat Libya LN 114. Israel berkeras mereka mengambil tindakan itu sebagai langkah mempertahankan diri.
[[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]], menggunakan alasan hak negara berdaulat untuk mempertahankan diri enggan mengambil apa-apa tindakan ke atas [[Israel]]. [[Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa]] (International Civil Aviation Organization) atau [[ICAO]] mencela Israel tetapi [[Amerika Syarikat]] memilih untuk tidak menyertai tindakan celaan itu.
 
[[Victor Ostrovsky]] dalam tulisannya “[[By way of deception: The Making and Unmaking of a Mossad Officer]]” mendakwa bahawa keputusan untuk menembak pesawat [[Libya]] itu diambil oleh seorang [[Kapten]] Tentera Udara [[Israel]] yang gagal menghubungi pegawai-pegawai atasannya untuk mendapatkan arahan dan bimbingan bagaimana hendak mengendalikan krisis pesawat [[Libya]] yang menyimpang daripada laluan asalnya. Dalam keadaan terdesak, Kapten itu terpaksa membuat keputusan sendiri dan mengarahkan pesawat [[F-4 Phantom II|Phantom]] itu melepaskan tembakan amaran dan setelah dilihat cuba melarikan diri, untuk menembak jatuh pesawat itu.
 
==Pautan Luar==
 
• [http://www.aljazeerah.info/Opinion%20editorials/2007%20Opinion%20Editorials/March/23%20o/Forgotten%20History%20The%20Case%20of%20Libyan%20Arab%20Airlines%20Flight%20114%20By%20Steven%20Katsineris.htm Forgotten History: The Case of Libyan Arab Airlines Flight 114]
* [http://www.geocities.com/Athens/8744/tragedy.htm IN MEMORIAM: LN FLIGHT 114]
==Rujukan==
* Ostrovsky, Victor. ''By Way of Deception-The making and unmaking of a [[Mossad]] Officer''. New York: St. Martin's Press, 1990. ISBN 0-9717595-0-2
 
==Pautan Luar==