Mohammad Hatta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
==Perjuangan==
===Di Kota Padang===
Semasa masih belajar di [[sekolah menengah]] di [[Kota Padang]], Hatta telah aktif dalam berbagai-bagai pertubuhan. Ketika hanya berumur 15 tahun, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang aktivis [[politik]] apabila dilantik sebagai [[bendahari]] untuk cabangcawangan [[Jong Sumatranen Bond]] (JSB) di Padang. Kesedaran politiknya semakin berkembang kerana sentiasa menghadiri ceramah-ceramah dan pertemuan-pertemuan politik. Hatta juga mula menimbun [[pengetahuan]]nya tentangpengetahuannya terhadap perkembangan [[masyarakat]] dan politik Indonesia melalui membaca berbagai-bagai [[akhbar]], baik akhbar Padang mahupun akhbar [[Batavia]]. Oleh sebab itu, beliau mendapat tahu tentangmengenali pemikiran [[Tjokroaminoto]] daripada akhbar Utusan Hindia, dan [[Agus Salim]] daripada akhbar Neratja.

Salah satu tokoh politik yang menjadi tokoh pujaannya ketika itu ialah Abdul Moeis. "''Aku kagum melihat cara Abdul Moeis berpidato, aku asyik mendengar suaranya yang merdu setengah parau, terpesona oleh ayun katanya. Sampai saat itu aku belum pernah mendengar pidato yang begitu hebat menarik perhatian dan membakar semangat'',”  kata Hatta dalam kisah kenangannya. Abdul Moeis ialah [[pengarang]] [[roman kesateriaan]] ''Salah Asuhan'',  aktivis parti [[Sarekat Islam]], anggota [[Volksraad]], danserta aktivis dalam [[majalah]] ''Hindia Sarekat'',  dan akhbar ''Kaoem Moeda, Neratja, Hindia Baroe, Utusan Melayu'',  serta juga  ''Peroebahan''.
 
===Di Batavia===