Penterjemahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: oc:Traduccion
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k mazhab terjemahan
Baris 4:
 
Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan [[teknologi]], penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu [[penterjemahan mesin]].
 
 
== Prinsip penterjemahan ==
Baris 15 ⟶ 14:
 
Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.
 
==Mazhab terjemahan==
Terdapat dua mazhab terjemahan iaitu mazhab terjemahan linguistik dan mazhab terjemahan prgamatik.<ref name=ainon>Ainon, Mohd., dan Abdullah Hassan. 2010. [[Teori dan Teknik Terjemahan]]. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.</ref>
 
===Mazhab terjemahan linguistik===
Mazhab terjemahan linguistik mementingkan terjemahan semantik perkataan, istilah, frasa dan ayat. Ia menjadi mazhab penterjemahan utama di Malaysia.<ref name=ainon/> Keburukan mazhab ini adalah penterjemah akan menterjemah setiap patah perkataan buku-buku tanpa memikirkan maksudnya asalkan ia diterjemahkan. Ini menghilangkan tujuan asal sesuatu terjemahan itu dilakukan - supaya pembaca faham.
 
===Mazhab terjemahan prgamatik===
Mazhab terjemahan prgamatik pula membenarkan penterjemah untuk membuang mana-mana bahagian yang dianggap tidak berguna dibaca, Mereka boleh menokok di sana sini dengan input-input tempatan apabila dirasakan perlu.<ref name=ainon/> Ia banyak diamalkan di Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia. Mazhab ini memberi dua kelebihan. Pertama, penjimatan kos kewangan kerana terjemahan tidak dibayar berdasarkan jumlah perkataan yang diterjemah. Kedua, isi terjemahan pragmatik lebih bermutu kerana ia mengambil kira bahan-bahan yang relevan dengan keperluan setempat. Ia secara langsung mendukung proses meribumian ilmu, khususnya ilmu-ilmu sains yang diterokai oleh ahlo sains asing.
 
== Proses terjemahan ==
Baris 65 ⟶ 73:
 
== Rujukan ==
{{reflist|2}}
* Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. ''Teori dan Teknik Terjemahan''. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemahan Malaysia. ISBN 983-161-000-8
* Juan C.Sager. 1995. Kualiti dan Piawai--Penilaian Penterjemahan dlm ''Panduan Penterjmahan''. Catriona Picken(pny). Bashir M.M Basalamah(pntj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.