Suluk Tawau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orcaz (bincang | sumb.)
k Laku musnah - Membatalkan semakan 2580288 oleh Mat Salleh Muhammad (Perbincangan)
Baris 2:
 
Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang Bangsa Menentang Penjajah British iaitu [[Datu Paduka Mat Salleh]] adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu [[Tun Datu Mustapha Datu Harun]] adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah kini iaitu Tan Sri '''Datu Khalil bin Datu Jamilul''' juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji '''Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur''' yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu '''Datu Tating''' di Pulau Balambangan pada tahun 1773, '''Datu Baginda Putih''' di Sandakan pada tahun 1879 dan '''Datu Kedunding''' pada tahun 1879 di Tungku.
 
== Sejarah Suluk Tawau ==
Pada masa kini, masyarakat Suluk di Tawau ( yang dahulunya tinggal bersama dengan '''masyarakat Tidung''' di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai '''Tawau Lama''' pada masa kini ), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai '''Masyarakat Melayu''' di Tawau ini kerana bertutur dalam '''bahasa''' Melayu, mengamalkan '''adat dan budaya''' Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah ( Cina Muslim ), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk ( Jumatiah ) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan ( Suluk )dari Pulau Tambisan kemudian berhijrah ke Tawau dan berkahwin dengan Kee Hayati ( peranakan Cina ) dan mewujudkan ramai keturunan Melayu di Tawau ini.
 
Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu setelah Tawau makmur sebagai '''lubuk sumber ekonomi'''. Mereka datang ke Tawau semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka sudah pun mempunyai '''identiti negara''' mereka sendiri. Berbanding dengan masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum '''zaman pemerintahan tentera Jepun''' lagi.
 
==Sejarah Suluk di Sabah==