Royal Selangor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Royal Selangor Pewter atau nama asalnya adalah Selangor Pewter diasaskan pada tahun 1885 oleh seorang pendatang China bernama '''Yong Koon''' ({{zh-stp|s=杨坤|t=楊坤|p=yáng kūn}}). Pada [[abad ke-18]] kebanyakan barangan piuter terdiri daripada bekas colok dan pemegang lilin bagi pasaran timur. Dengan kedatangan British, bekas abu rokok, cawan teh dan cawan arak turut dihasilkan.
 
Royal Selangor Pewter mula memasuki pasaran eksport pada tahun 1970-an iaitu menembusi pasaran luar seperti [[Singapura]], [[Hong Kong]] dan [[Australia]]. Pada tahun 1980-an, pasaran dikembangkadikembangkan sehingga ke [[Eropah]] dan kemudiannya ke [[Jepun]]. Pada tahun [[1992]], namanya ditukarkan Royal Selangor Pewter untuk menunjukkan pengiktirafan Diraja dan kepelbagaian barangan keluarannya yang merangkumi selain pewterpiuter.
 
==Produk dan perkhidmatan==
Kini, syarikat ini menawarkan lebih seribu jenis barangan [[pinggan mangkuk]] dan cenderamata yang beraneka, termasuk kole tradisional, set teh, [[bingkai gambar]], aksesori [[meja]] dan aksesori [[wain]]. Syarikat ini mengedar barangannya dari tapaknya di [[Kuala Lumpur]] ke lebih 40 cawangan di 20 negara seluruh dunia, termasuklah cawangan di [[London]], [[Toronto]], [[Melbourne]], [[Tokyo]], [[Hong Kong]] dan [[Singapura]]. Royal Selangor juga didapati dalam kedai serbaneka [[Harrods]] dan [[John Lewis Partnership|John Lewis]] di [[United Kingdom]] serta [[Wako Department Store|Wako]] dan [[Mitsukoshi]] di Jepun. Selain diwakili oleh lapan pejabat dalam lima benua, Royal Selangor juga diwakili is di tempat-tempat lain di dunia melalui laman webnya www.royalselangor.com yang memetik harga produknya dalam sembilan [[matawang]] berlainan.
 
Salah satu faktor kejayaan Royal Selangor dalam pasaran cenderamata dan pinggan mangkuk ialah komitmennya terhadap rekabentuk inovatif dan pertukangan yang cemerlang. Setiap tahun, syarikat ini menghasilkan barisan produk baru, ada antaranya yang menerima pengiktirafan antarabangsa. Misalnya, pada tahun [[1989]] dan [[1991]], Royal Selangor menerima anugerah Design Plus di Frankfurt International Gift Fair, dan pada tahun [[1997]], menerima anugerah Gift of the Year dalam kategori cenderamata berlesen, dari Giftware Association of the United Kingdom.
 
Serombong Royal Selangor Wine Celebration mencipta sejarah dengan memenangi tiga anugerah rekabentuk antarabangsa; Anugerah Red Dot Award dari Design Zentrum di Jerman, Pingat Gangsa IDEA2002 dari Industrial Designers Society of America serta Anugerah Good Design 2002 dari Japan Industrial Design Promotion Organization.
 
[[Kategori:Syarikat Malaysia]]
[[de:Royal Selangor]]