Grand Canyon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
 
==Geografi==
[[image:grandcanyon_laban.jpg|right|thumb|250px350px|Grand Canyon sebagaimana dilihat dari Lingkaran Selatan, 2003.]]
 
Grand Canyon ialah sebuah [[gelinciran]] yang amat besar dan amat panjang di Penara Colorado yang mendedahkan strata [[Proterozoik]] dan [[Paleozoik]] yang terjulang. Panjangnya Grand Canyon di sesetengah bahagian melebihi sebatu (1,609 meter) dalamnya. Walaupun demikian, ia bukannya [[ngarai]] yang paling dalam di dunia. Kedua-dua [[Ngarai Copper|Barranca del Cobre]] di [[Mexico]] Utara dan [[Ngarai Hell]] di [[Idaho]] adalah lebih dalam, akan tetapi ia terkenal untuk saiznya yang amat besar serta pandangan daratnya yang rumit dan berwarna-warni. Pemandangannya dari lingkaran yang ditawarkan kepada para pelancong tidak dapat ditandingi di seluruh dunia. Dari segi [[geologi]], ia sangat bererti kerana jujukan batuan purba yang tebal yang dikekalkan dengan indah dan yang terdedah pada tembok-tembok ngarai. Lapisan-lapisan batuannya mencatatkan banyak sejarah geologi benua [[Amerika Utara]] yang awal. Grand Canyon juga merupakan salah satu contoh [[hakisan]] semula jadi yang paling hebat di seluruh dunia.