Ecma International: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
Pertubuhan ini diasaskan pada 1961 bagi memiawaikan sistem komputer di [[Eropah]]. Keahlian adalah terbuka kepada syarikar besar mahupun kecil seluruh dunia yang menghasilkan, memasarkan atau membangunkan sistem komputer atau komunikasi, dan mempunyai minat serta pengalaman dalam bidang yang diceburi oleh badan-badan teknikal kumpulan ini. Ia terletak di [[Geneva]].
 
==Matlamat==
Ecma bermatlamat untuk membangun piawaian serta laporan teknikal bagi memudahkan serta memiawaikan penggunaan teknologi komunikasi maklumat dan elektronik pengguna; menggalakkan penggunaan piawai yang betul dengan mempengaruhi persekitaran pada mana ia dipakai; kemudian menerbitkan piawaian serta laporan tadi dalam bentuk elektronik dan cetakan. Terbitan-terbitan Ecma, termasuk piawaian, boleh disalin dengan bebas oleh pihak-pihak berminat tanpa kekangan hak cipta. Pembangunan piawaian dan laporan teknikal dilakukan dalam kerjasama dengan pertubuhan kebangsaan, Eropah dan antarabangsa yang sesuai.
 
Berbeza dengan badan-badan pemiawaian kebangsaan, Ecma ialah sebuah pertubuhan berasaskan keahlian. Proses pemiawaiannya adalah kurang birokratik yang lebih tertumpu kepada mendapatkan hasil menerusi [[kesepakatan]].
 
Selama lebih 50 tahun Ecma telah menyumbang kepada pemiawaian sedunia dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi dengan giat. Lebih daripada 400 [http://www.ecma-international.org/publications/standards/Standard.htm piawaian] dan 100 [http://www.ecma-international.org/publications/techreports/techrep.htm laporan teknikal] Ecma telah diterbitkan, lebih 2/3 daripadanya telah dipakai sebagai piawaian dan/atau laporan teknikal antarabangsa.
 
The memberlist of Ecma International is available here.<ref>[http://www.ecma-international.org/memento/members.htm Ecma Members<!-- Bot generated title -->]</ref>
==Rujukan==
{{Reflist}}