Hulu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafrul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hafrul (bincang | sumb.)
Baris 35:
=== Peperangan Perak-Reman ===
 
Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri [[Patani]]) adalah bersempadan dengan [[Hulu Perak]]. Raja Reman telah menceroboh masuk ke [[Kelian Intan]] dan mengusahakan lombong bijih timah di sana. Dalam tahun [[1826]], Sultan Perak telah membuat satu Perjanjian Persahabatan dengan Kompeni Inggeris di [[Pulau Pinang]]. Tidak beberapa lama selepas itu, [[Sultan]] Perak telah menghantar satu pasukan tentera yang kuat diketuai oleh [[Dato Seri Lela]] untuk menyerang orang-orang Reman. Oleh kerana serangan tentera Perak itu secara mengejut maka orang-orang Reman dapat dikalahkan. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, Raja Reman telah dapat menawan semula Kelian Intan dan Kroh.
 
=== Suruhanjaya Campbell ===
Baris 41:
Daerah Hulu Perak itu sangat luas, iaitu bermula dari Selatan Negeri Petani sampai ke Kuala Temong. Menjelang kurun kesembilan belas, sebahagian besar daripada Daerah Hulu Perak telah termasuk di bawah pemerintahan Negeri Reman.
 
Dalam tahun [[1899]], satu Suruhanjaya yang diketuai oleh Tuan Campbell telah dibentuk untuk menyiasat dan menyelesaikan pertikaian sempadan di antara Perak dan Reman. Hasilnya, sempadan kedua-dua negeri itu yang telah ditetapkan di Bukit Nasah dalam tahun [[1882]] dahulu, telah dipersetujui diganjak sedikit sampai ke Mukim [[Gerik]] dan [[Temenggor]]. Dari semenjak itu, pertikaian di perbatasan Perak - Reman itu pun reda sedikit terutama setelah Kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Reman dalam tahun [[1902]].
 
=== Perjanjian Inggeris-Siam ===
 
Pada [[9 Julai]] [[1909]] Kerajaan Siam telah membuat suatu perjanjian dengan Kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Di antara lain-lain syarat dalam perjanjian itu Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada [[16 Julai]] 1909.
 
Pegawai-pegawai yang mewakili Kerajaan Perak bagi menerima penyerahan itu adalah seperti berikut:-
Baris 67:
=== Perjanjian Perak-Kedah ===
 
Pada [[4 Mac]] [[1912]] satu perjanjian telah dibuat di antara Kerajaan Perak dengan Kerajaan Kedah. Menurut perjanjian itu, Kerajaan Kedah bersetuju menyerahkan kawasan Belukar Semang dan Tasik kepada Perak. Sebagai balasannya, Kerajaan Perak pula bersetuju membiayai pembinaan jalan raya dari Baling ke Kuala Ketil sejauh 24 batu.
 
Kawasan yang diserahkan oleh Siam bersama-sama dengan kawasan Belukar Semang dan Tasik oleh Kedah itu dinamakan `Jajahan Baharu’ (The New Territory) dan telah disatukan dengan kawasan lain di Daerah Hulu Perak
Baris 73:
=== Pentadbir Eropah yang pertama ===
 
Pegawai pentadbir bangsa Eropah yang pertama berkhidmat di Hulu Perak ialah Cerlo Ferdinando Bozzolo, berbangsa [[Itali]]. Sebelum bertugas di Hulu Perak, beliau pernah membuka lombong bijih timah di Negeri Patani, tetapi perusahaannya itu tidak maju lalu beliau berhijrah ke Perak.
 
Dalam tahun 1880, jawatan yang mula-mula disandangnya ialah Merinyu Jalan Raya. Pada 1hb[[1 Januari]] [[1881]] beliau dilantik menjadi Penguasa Ladang Kerajaan. Oleh kerana beliau pandai bertutur [[bahasa Siam]] dan Patani, maka beliau telah dua kali diutuskan ke Negeri Reman bagi merundingkan pertikaian sempadan di antara Perak dengan Reman. Pada 1hb Januari 1888 Bozzolo telah dilantik menjadi Pemungut Cukaicukai dan Hakim Daerah Hulu Perak.
 
== Pusat pentadbiran ==