Juara Lagu Kategori Pop Rock: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 149:
==Rekod==
* [[Ajai]] dan [[Adnan Abu Hassan]] merupakan dua komposer selain [[M. Nasir]] yang pernah bertanding dalam ketiga-tiga kategori muzik. Adnan pernah menang kategori ini sebagai komposer manakala Ajai menang kategori tersebut sebagai penyanyi.
* Helen Yap merupakan satu-satunya komposer wanita yang memenangi kategori ini. Malah beliau juga merupakan komposer bukan melayu pertama yang memenanginya diikuti dengan Goh Boon Hoe, [[Aubrey Suwito]], Lin Li Zhen dan [[Richael L. Gimbang]].
* [[Amy Mastura]] merupakan satu-satunya penyanyi yang bertanding dengan 2 lagu dalam kategori ini (tahun 2000). Beliau juga merupakan satu-satunya artis wanita yang turut menjadi komposer dan penulis lirik bagi lagu nyanyiannya.
* Selain [[Amy Mastura]] , [[M. Nasir]] dan [[Jay Jay]] juga bertanding dengan lagu ciptaan mereka sendiri dan meraih kemenangan.
* [[M. Nasir]] merupakan satu-satunya komposer, penulis lirik dan juga penyanyi yang memenangi kategori ini dan seterusnya menjadi juara keseluruhan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 1999.
* Enam buah lagu daripada kategori ini yang berjaya menjadi juara keseluruhan; "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Andalusia", "Keliru", "Relaku Pujuk", "Itu Kamu" dan "Lagu Untukmu".
* [[Fauziah Latiff]] turut bertanding dalam kategori balada[[Juara Lagu Kategori Balada| Balada]] pada edisi tahun 1993. Artis lain yang turut bertanding dalam kategori [[Juara Lagu Kategori Balada| Balada]] pada tahun yang sama ialah [[Ning Baizura]] (1994), [[Siti Nurhaliza]] (1998, 1999, 2001) dan [[Dayang Nurfaizah]] (2001).
* Komposer dengan penyertaan terbanyak : [[M. Nasir]] dengan 8 buah lagu (1992-1995, 1999, 2006-2007)
* Penyanyi dengan penyertaan terbanyak : [[Siti Nurhaliza]], 5 buah lagu (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
[[Kategori: Muzik Malaysia]]