Perkahwinan Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.52.118.216 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
Baris 14:
 
===Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis===
Dalam masyarakat Cina, lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama keluarga yang sama (ini tidak lagi diendahkan pada zaman baru-baru ini ketika jumlah penduduk Cina bertambah sehingga mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama mungkin tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain). Perkahwinan tersebut diperlihatkan sebagai [[inses]] dan dianggap akan membawa risiko terhadap kelahiran anak yang cacat. Bagaimanapun, perkahwinan antara seorang anak lelaki dengan saudara-saudara sebelah ibunya tidak diperlihatkan sebagai inses. Klan-klan yang berbeza mungkin mempunyai lebih daripada satu nama keluarga. Dari segi sejarah, terdapat banyak klan yang penting yang tinggal di sepanjang [[Sungai Kuning]] di China kuno, seperti puak [[Huang Di]] yang mempunyai nama keluarga Ji, nama keluarga orang biasa, dan puak [[Yan Di]] yang mempunyai nama keluarga Jiang. Oleh sebab perkahwinan dengan saudara-saudara sebelah ibu tidak dianggap sebagai inses, keluarga-keluarga itu kekadangkadang-kadang berkahwin antara satu generasi dengan generasi yang lain.
 
Dengan masa berlalu, perpindahan orang-orang Cina semakin meningkat. Pasangan-pasangan berkahwin dalam apa yang dipanggil perkahwinan luar klan, atau lebih dikenali sebagai perkahwinan antitesis. Ini terjadi pada pertengahan [[Zaman Batu Baru]], iaitu sekitar [[Milenium ke-5 SM|5000 SM]]. Menurut cendekiawan-cendekiawan Cina moden daripada aliran fikiran [[Marxisme]], [[sistem saka]] (iaitu sistem kuasa ibu) diamalkan dalam masyarakat ketika itu, dan suami-suami diperlukan tinggal dengan keluarga isterinya. Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu masih merupakan ahli keluarga kandung mereka. Apabila suami isteri meninggal dunia, mereka dikebumikan secara berasingan di dalam [[perkuburan]] klan masing-masing. Anak-anak dikebumikan dengan ibu mereka.