Kewarganegaraan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MF-Warburg (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 180.189.170.242 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 16:
Kewarganegaraan, sebagaimana yang diterangkan di atas, merupakan hak-hak politik seseorang dalam sebuah masyarakat. Oleh sebab itu, anda boleh mempunyai kewarganegaraan daripada sebuah negara dan kerakyatan daripada negara yang lain. Contohnya: Seorang Amerika-Cuba boleh dianggapi sebagai rakyat Cuba kerana dia dilahirkan di sana, tetapi dia juga boleh menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui [[pewarganegaraan]]. Sebahagian negara-negara melarangi kewarganegaraan duaan antara satu sama lain, umpamanya Cuba dan Amerika Syarikat melarangi kewarganegaraan duaan antara kedua-dua negara itu kerana ketegangan politik mereka.
 
==Kewarganegaraan supranasional==
==
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa pertubuhan antara kerajaan telah memperluaskan konsep dan istilah kewarganegaraan ke peringkat antarabangsa, di mana ia dipergunakan untuk keseluruh warganegara ahli-ahli sebuah kesatuan negara. Dua contoh yang berkaitan dengan kewarganegaraan [[Kesatuan Eropah]] dan kewarganegaraan [[komanwel|Negara-negara Komanwel British]] diberikan di bawah. Sehingga 2005, kewarganegaraan pada peringkat ini merupakan konsep sekunder, dengan taraf yang lebih lemah berbanding kewarganegaraan negara.
 
Versi terakhir untuk kewarganegaraan supranasional akan merupakan kewarganegaraan sedunia. Bagaimanapun, [[Bangsa-Bangsa Bersatu]] tidak mewakili konsep ini secara langsung; ia lebih merupai forum antarabangsa berbanding struktur untuk menyatakan hak-hak dan tanggungjawab individu.
 
===Kewarganegaraan Kesatuan Eropah (EU)===
[[Perjanjian Maastricht]] memperkenalkan konsep [[kewarganegaraan Kesatuan Eropah]]. Kewarganegaraan ini berasal daripada kewarganegaraan ahli-ahli negaranya — seseorang yang memegang kerakyatan salah satu daripada ahli-ahli negara Kesatuan Eropah akan menjadi "warganegara Kesatuan" sebagai tambahan dan secara automatik.
 
Kewarganegaraan EU memberikan hak-hak dan hak istimewa yang tertentu di dalam EU; di banyak kawasan di dalam EU, warganegara EU mempunyai hak-hak yang sama ataupun serupa dengan warganegara asli ahli negara itu. Hak-hak yang diberikan kepada warganegara EU ([http://europa.eu.int/youreurope/nav/en/citizens/factsheets/eu/eucitizenship/eucitizenship/en.html]) termasuk:
 
* kebebasan pergerakan dan hak kediaman di dalam kawasan Ahli-ahli Negara;
* hak mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya [[Parlimen Eropah]] serta dalam pilihan perbandaran di dalam Ahli Negara kediamannya;
* [[hak perlindungan diplomatik dan konsular]];
* hak petisyen kepada Parliamen Eropah; dan
* hak untuk merujuk kepada [[Ombudsman]].
 
Hak kediaman membawa konotasi bukan sahaja untuk hak mendiami, tetapi juga untuk hak memohon pekerjaaan dalam mana-mana satu jawatan (termasuknya [[perkhidmatan awam]] negara, kecuali jawatan-jawatan yang sensitif seperti pertahanan).
 
Ahli-ahli negara EU juga menggunakan reka bentuk [[pasport]] yang sama, iaitu warna yang merah tua, dengan nama ahli negara, mohor negara, dan tajuk "Kesatuan Eropah" (atau terjemahannya).
 
Kedudukan kewarganegaraan Kesatuan semakin meningkat dan [[Mahkamah Keadilan Eropah]] telah menyatakan bahawa kewarganegaraan Kesatuan akan menjadi "taraf yang asas untuk rakyat Ahli-Ahli Negara" (sila lihat Kes C-184/99 Rudy Grzelczyk berlawan Centre Public d'Aide Sociale d'Ottignes-Louvain-la-Neuve, [2001] ECR I-6193, perenggan 31). [[Suruhanjaya Eropah]] juga telah menegaskan bahawa kewarganegaraan Kesatuan harus merupakan taraf yang asas untuk rakyat EU, akan tetapi ini tidak diterima oleh banyak ahli negara Kesatuan Eropah.
 
===Kewarganegaraan Komanwel===
Konsep "Kewarganegaraan Komanwel" terwujud sejak penubuhan [[Negara-negara Komanwel British]]. Sebagaimana dengan Kesatuan Eropah, seseorang memegang kewarganegaraan Komanwel hanya kerana dia merupakan warganegara salah satu daripada ahli-ahli negara Komanwel. Jenis kewarganegaraan ini memberikan hak istimewa yang tertentu di dalam beberapa negara Komanwel:
* Sebahagian negara-negara tidak memerlukan [[visa]] pelancong daripada warganegara negara-negara lain di dalam Komanwel.
* Di sebahagian negara-negara Komanwel, [[pemastautin tetap]] dari negara-negara Komanwel yang lain berlayak untuk hak-hak politik, umpamanya hak untuk mengundi dalam pilihan raya tempatan dan nasional, dan di dalam beberapa kes, juga hak untuk menjadi calon pilihan raya.
* Di beberapa negara Komanwel, hak untuk bekerja di mana-mana satu jawatan (termasuknya [[perkhidmatan awam]]) juga diberikan, kecuali untuk jawatan-jawatan tertentu seperti jawatan dalam pertahanan, [[Gabenor-Jeneral]], [[Presiden]], dan [[Perdana Menteri]].
 
Sedangkan kewarganegaraan Komanwel kekadang disemadikan dalam [[perlembagaan]] tertulis negara-negara Komanwel dan dianggapi sebagai sejenis [[kewarganegaraan duaan]], tidak pernahnya terada rancangan untuk mempunyai [[pasport]] yang sama.
 
Walaupun [[Republik Ireland]] meninggalkan Komanwel pada tahun [[1949]], ia sering dianggapi seolah-olah ia masih merupakan ahli, dengan rujukan dibuat pada dokumen guaman sebagai 'Komanwel dan Republik Ireland', dan warganegaranya tidak dianggap sebagai rakyat asing, khususnya di dalam [[United Kingdom]].
 
[[Kanada]] membuat penyimpangan daripada prinsip kerakyatan yang ditakrifkan dari segi kesetiaan pada tahun 1921 (Akta Rakyat 1921 (Kanada)) untuk menghalang orang bukan Kanada (khususnya, orang keasalan [[Asia]]) daripada memasuki Kanada. Pada tahun 1935, Ireland merupakan negara sulung untuk memperkenalkan kewarganegaraannya. (Bagaimanapun, warganegara Ireland masih dianggapi sebagai rakyat British, dan masih tidak dianggapi sebagai rakyat asing, walaupun Ireland bukan lagi merupakan ahli Komanwel; ''Murray v Parkes'' [1942] All ER 123).
 
Pada tahun 1946, Akta Kewarganegaraan Kanada menghapuskan asas yang sama untuk kewarganegaraan. Konsep kewarganegaraan Komanwel diperkenalkan pada tahun 1948 dalam ''Akta Kerakyatan British 1948''. [[Dominion]] yang lain mengamalkan prinsip ini, umpamanya [[New Zealand]] dalam ''Akta Kerakyatan British dan Kewarganegaraan New Zealand 1948''.
 
Kewarganegaraan telah menggantikan kesetiaan. Ini merupakan suatu penggantian yang besar, dan bukannya perubahan simbolik. Bagaimanapun, pada waktu yang sama, Kanada terus menegaskan kesetiaan orang Kanada yang berterusan kepada takhta kerajaan yang sama. Hanya keperluan praktik memerlukan bahawa taraf kewarganegaraan harus diasaskan daripada sesuatu yang bukannya kesetiaan supaya orang-orang daripada negara-negara Komanwel yang lain tidak akan memilih untuk menetap di Kanada.
 
==Kewarganegaraan kehormat==