Lina Joy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: fr:Lina Joy, nl:Lina Joy
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Lina Joy''' atau nama Islamnya '''Azlina Jailani''' merupakan [[wanita]] [[Melayu]] yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah [[murtad]] (keluar dari agama [[Islam]]) dan memeluk agama [[Kristian]] Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan [[Islam]] daripada [[kad pengenalan]] [[MyKad]] yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke [[Mahkamah Tinggi]], kemudian ke [[Mahkamah Rayuan]], seterusnya ke [[Mahkamah Syariah]] dan [[Jabatan Pendaftaran Negara]] (JPN).
 
Isu [[murtad]] merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di [[Malaysia]] (Segelintir kecil menganut agama yang lain secara senyap-senyap, walaupun agama mereka masih ditunjukkan "Islam" pada Kad Pengenalan masing-masing). Kebolehpercayaan kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan sebagaimana Tragedi [[Natrah]] di [[Singapura]] tahun [[1950]] dahulu.
 
 
== Keputusan mahkamah Yang Harus Dihormati ==
 
Keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan undang-undang yang timbul dari permohonan Lina Joy untuk membuang perkataan 'Islam' dari kad pengenalannya telah menimbulkan banyak kontroversi.
 
Dalam perbahasan yang timbul, pelbagai pihak telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang menggambarkan salah faham terhadap isu sebenar yang mendasari kes tersebut.
 
Meskipun keputusan Mahkamah Persekutuan ini menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan [[Islam]] terhadap kebebasan beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya, tidak bermakna orang bukan Islam tidak dapat terus mengamalkan [[agama]] pilihan mereka. Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana pihak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kebebasan beragama secara keseluruhannya masih dipelihara.
 
Keputusan tersebut menetapkan bahawa orang Islam mestilah menggunakan prosedur Mahkamah Syariah untuk meninggalkan Islam, sekiranya mereka hendak berbuat demikian secara rasmi, seperti Lina Joy yang telah memohon untuk membuang perkataan Islam dari kad pengenalannya.
 
Sebenarnya, ia tidak memberi kuasa yang baru kepada Mahkamah Syariah, bahkan sememangnya perkara tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah sebelum ini. Ia juga tidak memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan status agama bukan Islam sebagaimana pandangan sesetengah pihak.
 
Keputusan tersebut bukan untuk memaksa Lina Joy kembali kepada Islam meskipun beliau secara terbuka telah menganut agama [[Kristian]], tetapi undang-undang dan peraturan mestilah dipatuhi apabila mana-mana individu hendak keluar dari Islam.
 
Perkara sedemikian semestinya kekal di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan sama ada keputusan tersebut berpatutan atau tidak, Mahkamah Syariah lah mesti menentukannya. Ini jelas sekali mengikut peruntukan undang-undang Syariah di setiap negeri sebagaimana undang-undang penceraian, wasiat dan harta peninggalan. Meskipun wujud perbezaan dari segi undang-undang dan prosedur berkenaan murtad antara tiap-tiap negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
 
Orang bukan Islam secara keseluruhannya sepatutnya dapat menerima bahawa persoalan murtad ini amat sensitif di negara Malaysia dan tidak boleh diperlekehkan. Pada masa yang sama, umat Islam mestilah mengiktiraf hak bukan Islam untuk mengamalkan agama-agama mereka akan terus dipelihara dan dihormati, dan memahami bahawa mereka juga sensitif di dalam isu-isu agama.
 
Semua rakyat Malaysia mesti menjaga kata-kata dan tindakan berkaitan isu ini serta perkara-perkara lain yang mungkin mengeruhkan hubungan antara agama. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mestilah terus memegang muafakat yang dicapai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Selain dari kebebasan beragama, rakyat Malaysia juga mestilah berusaha memelihara kebebasan-kebebasan lain yang diperuntukkan Perlembagaan Malaysia.
 
 
==Kuasa Mahkamah Persekutuan==