Changlun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Changlun''' adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara [[Alor Star|Bandar Raya Alor Star]]. '''Changlun''' berasal daripada [[bahasa Thai]] yang membawa maksud '''Gajah''' (chang) '''Jatuh''' (lun).
 
Kewujudan [[Lebuh Raya Utara Selatan]] (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ianya sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun-Sintok yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
 
'''Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun-Sintok''' (KPCS) yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan wujudnya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM Sintok, UniMAP, KMP, UiTM Arau, dan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya KPCS ini juga telah dihubungkan dengan '''Lebuh Raya Jitra-Padang Besar''' (*) yang terletak kira-kira 7 km dari pekan Changlun. Lebuh raya yang merentasi Ladang Tebu Chuping ini dapat memendekkan masa perjalanan ke Padang Besar. Kedua-dua lebuh raya ini tidak dikenakan pembayaran tol. ''(*) Sektor Ulu Pauh - Padang Besar telah melebihi 90 peratus siap manakala sektor Jitra - Ulu Pauh masih dalam pembinaan.''
 
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan [[Malaysia]]-[[Thailand]] di Utara, Kampus [[Universiti Utara Malaysia]] (UUM) [[Sintok]], di Timur, [[Jitra]] dan [[Alor Star]] di Selatan dan laluan ke Negeri [[Perlis]] Indera Kayangan di sebelah Barat.