Fadzil Mohd Noor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q5429297
Baris 47:
 
== Politik ==
Beliau mula bertanding dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 1978]] menentang Datuk [[Senu Abdul Rahman]] tetapi kalah. Pada tahun itu, PAS kalah teruk di Kelantan yang dikuasai sejak 1959.Dr Mohd Natsir menggesa umat Islam merapatkan jemaah demi perjuangan Islam. Beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Pada 1980, beliau bertanding di DUN [[Anak Bukit]] berikutan kematian wakil rakyat di situ. Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon [[Barisan Nasional]], Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada [[Pilihan raya umum Malaysia 1995]] mengalahkan calon BN juga iaitu [[Fadzil Hanafi]] dengan majoriti 2,414. Pada Pada [[Pilihan raya umum Malaysia 1999]], Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ [[Othman Abdul]] (calon BN) di [[Pendang]]. Fadzil Noor mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
 
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ [[Abdullah Hasnan Kamaruddin]] yang mendapat 6,640 undi. DUN Anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala [[Mohamad Sabu]] telah memenangi Parlimen Kuala Kedah.