Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 6 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1967582
Mentaloon (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perjanjian Pangkor''' merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada [[20 Januari]] [[1874]] di antara Gabenor [[Negeri-Negeri Selat]] [[Sir Andrew Clarke]] di pihak [[Empayar British|Inggeris]] dan [[Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar|Raja Muda Abdullah]] yang berkuasa di [[Hilir Perak]] bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri [[Negeri Perak|Perak]], satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri [[Melayu]]. Baginda Raja Abdullah tidak disenangi rakyat yang menganggap baginda adalah pengkhianat. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal [[HMS Pluto]] yang berlabuh di [[Selat Dinding]], iaitu di kawasan perairan di antara [[Lumut]] dan [[Pulau Pangkor]].
 
Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan [[Sultan Ismail]] yang berkuasa di [[Hulu Perak]] dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah [[Larut]].