Tok Gajah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mentaloon (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Mentaloon (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Imam Rasu bin Shahrum ''' atau juga dikenali sebagai '''Tok Gajah''', Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah [[Orang Besar Raja]] [[Pahang]] dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama [[Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali|Sultan Ahmad Muazzam Shah]], [[Sultan Pahang]] dalam segala hal yang berkaitan dengan [[Hulu Pahang]], iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari [[Pulau Tawar]]. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan [[Batu Redap]] sampai ke [[Kuala Piul]], kawasan dari [[Tanjung Sakti]] sampai ke [[Kangsa]], kawasan dari [[Pedah]] hingga ke [[Tanjung Lindung]] dan juga [[Lembahan Sungai Budu]] di [[Lipis]]. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
 
Perjanjian Sultan Pahang dengan pihak penjajah pada ketika itu tidak menyenangkan rakyat yang berasa maruah dan martabat orang melayu terancam. Pihak British dibenarkan atas persetujuan Sultan untuk mengutip cukai dan mengambil alih pentadbiran negeri dimana pembesar pembesar melayu mula dipinggir. Di sini bermulalah kebangkitan rakyat dan berlakunya peristiwa Perang Semantan.
 
Tok Gajah merupakan ketua pemberontak dipilih Tok Ku Paloh dalam penentangan terhadap penjajah [[British]] bersama [[Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh|Datuk Bahaman]] dan pejuang-pejuang sezamannya. Tok Gajah menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang bersekutukan pengikut Sultan Pahang.