Dato' Bahaman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Mentaloon (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 12:
Punca utama [[Perang Semantan]] ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember [[1890]] ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai [[polis]] di [[Lubuk Terua]] yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila [[Hugh Clifford]], Pemangku [[Residen British]] Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke [[Pekan]] agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
 
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman dan orang orang melayu yang menganggap Sultan hanya mementingkan takhtanya dan sanggup menjadi barua kepada pihak British. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya [[Serangan hendap|menyerang hendap]] C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada [[15 Disember]] [[1891]] ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar [[Temerloh]].
 
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan [[tentera]] untuk melawan pembangkang-pembangkang [[Melayu]]. Ekoran dari itu pada [[21 Disember]] 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.