Azizan Abdul Razak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 88:
== Kesihatan ==
Ustaz Azizan diketahui menghidap [[penyakit kencing manis]] sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.<ref name=tmi4Sep2011/> Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.<ref name=Roslinda81649>{{cite news |author=Roslinda Hashim |title=Azizan bakal disingkir? |url=http://www.sinarharian.com.my/politik/azizan-bakal-disingkir-1.81649 |newspaper=Sinar Harian |date=4 September 2012 |accessdate=10 Mei 2013}}</ref>
 
Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke [[Institut Jantung Negara]] (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan [[MRI]] (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-kedah-dijangka-keluar-ijn-hujung-minggu/ MB Kedah dijangka keluar IJN hujung minggu] The Malaysian Insider. 9 Ogos 2011.</ref><ref name=tmi4Sep2011/>
 
Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.<ref>{{cite news |author=Embun Majid, Han Kar Kay |title=Former Kedah MB Azizan has legs amputated to prevent infection |url=http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20130510-421515.html |newspaper=The Star/Asia News Network |date=10 Mei 2013 |accessdate=10 Mei 2013}}</ref>
 
==Rujukan==