Wangsa Saljuk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
Baris 28:
 
===Perang Salib Kedua===
[[Sultan Ahmed Sanjar]], sultan terakhir kerajaan Seljuk, terpaksa berhadapan dengan pemberontakan daripada kerajaan naungannya, [[QarakhanidQarakhaniyah]] di [[Mawaraun Nahar]] atau Transoxiana. Di Khorasan pula, kerajaan GhoridGhoriyah enggan dinaungi kerajaan Seljuk dan kerajaan [[Qarluk]] di [[Kyrghyzstan]] ingin memerdekakan wilayah mereka daripada pengaruh Seljuk. Puak nomad [[Kara-Khitai]] pula menceroboh wilayah timur Seljuk dan memusnahkan negeri naungannya, QarakhanidQarakhaniyah. Di dalam [[Perang Qatwan]] yang terjadi pada tahun 1141, Sultan Ahmed kehilangan kesemua wilayah timur Seljuk sehinggalah ke [[Syr Darya]].
 
Pada masa yang sama, tentera Seljuk berhadapan dengan ancaman daripada negeri-negeri Nasrani dan selepas [[Perang Salib Pertama]] wilayah-wilayah Seljuk yang dikepalai gabenor Turki atau atabeg mula bersekutu dengan kerajaan Nasrani ini untuk menyerang wilayah-wilayah Turki lain bagi meluaskan sempadan mereka. Di [[Mosul]], [[Iraq]], Atabeg [[Zengi]] yang mewarisi pemerintahan wilayah itu berjaya menyatukan atabeg-atabeg di [[Syria]].Pada tahun 1144, Zengi berjaya menumpas dan menawan negeri Nasrani [[Edessa]] kerana Edessa yang bersekutu dengan [[Ortoqid]] menyerang wilayah Zengi. Peristiwa ini mencetuskan [[Perang Salib Kedua]]. [[Nur ad-Din]], seorang putera Zengi menjadi pewaris Atabeg di [[Aleppo]] dan beliu mewujudkan persekutuan dengan panglima-panglima Turki lain untuk mempertahankan jajahan mereka daripada serangan [[Tentera Salib]].