Logaritma asli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ElphiBot (bincang | sumb.)
k Bot: removing exist language links in wikidata: de
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Dalam bidanbidang [[matematik]], '''logaritma asli''' ialah [[logaritma]] asas [[e (pemalar)|<math>e</math>]], di mana <math>e</math> ialah pemalar [[nombor bukan nisbah|bukan nisbah]] dengan anggaran nilai 2.718 281 828. Logaritma asli lazimnya ditulis <math>\ln(x)</math>, <math> \log_e(x)</math> atau kadang-kadang, jika asas <math>e</math> adalah implisit, sekadar <math>\log(x)</math>.
 
Logaritma asli bagi sebarang nombor <math>x</math> (ditulis <math>\ln(x)</math>) ialah nombor kuasa bagi <math>e</math> untuk memperoleh <math>x</math>. Sebagai contoh, <math>\ln(7.389...)</math> sama dengan 2, kerana <math>e^2 = 7.389...</math>. Logaritma asli bagi <math>e</math> itu sendiri (<math>\ln(e)</math>) ialah 1 kerana <math>e^1 = e</math>, manakala logaritma asli bagi 1 (<math>\ln(1)</math>) ialah 0, kerana <math>e^0 = 1</math>.