IPhone 5: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q61504
Tiada ringkasan suntingan
Baris 142:
}}
'''iPhone 5''' merupakan sebuah [[telefon pintar]] yang berasaskan [[skrin sentuh]] yang dibangunkan oleh [[Apple Inc.|Apple]]. Telefon ini juga adalah [[Senarai peranti iOS|generasi keenam]] bagi [[iPhone]] dan menggantikan [[iPhone 4S]]. Telefon ini dilihat sebagai model yang lebih nipis, ringan dan memperkenalkan peleraian tinggi, skrin berukuran 4 inci untuk siri skrin lebar dengan [[paparan nisbah bidang|nisbah bidang]] [[16:9]]. Telefon ini merangkumi reka bentuk tersuai pemprosesan [[seni bina ARM|ARMv7]] yang disebut sebagai [[Apple A6]], sebuah kemas kini sistem pengendalian mobil Apple yang dikenali sebagai [[iOS 6]] dan sokongan kepada [[LTE (telekomunikasi)|LTE]].
 
Apple telah mengadakan acara untuk melancarkannya pada 12 September 2012.Apple mula mengambil pra-tempahan bermula pada 14 September,dan mendapat 2 juta tempahan dalam masa 24 jam.Permintaan yang tinggi terhadap iPhone 5 berakhir menjelang 21 September 2012,dan disifatkan sebagai "luar biasa" kerana penjualan waktu pra-tempahan sangat tinggi iaitu 20 kali lebih pantas daripada iPhone 4s.Berikutan dengan pelancaran,Syarikat Samsung telah memfailkan saman terhadap Apple dengan mengakui bahawa iPhone 5 ada meniru 8 model-model telefon mereka yang sebelumnya.
 
Penerimaan terhadap iPhone 5 keseluruhannya positif,aplikasi [[Maps]] yang terdapat dalam [[iOS 6]] telah mendapat respon yang negatif dan telah dilaporkan mendapat masalah yang serius.Pembeli telah mengesan beberapa masalah pada luaran iPhone itu,seperti kesan cahaya biru yang muncul ketika mengambil gambar menggunakan iPhone 5 tersebut,bahagian badan mudah tercalar dan kehadiran sedikit ruang cahaya pada variasi model berwarna putih.Sambungan [[LTE]] pada sesetengah daerah dan kawasan juga telah dilaporkan.
 
==Rujukan==