Give Me Five!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Minz48 (bincang | sumb.)
Minz48 (bincang | sumb.)
Baris 81:
Pada 27 Januari 2012, telah mengumumkan bahawa video muzik untuk lagu GIVE ME FIVE! sepanjang 34 minit dan video ini menyerupai gaya televisyen seperti drama Jepun. Video muzik yang diarahkan oleh pengarah Shigemichi Sugita, kerja-kerja yang pernah dilakukan termasuklah siri televisyen Kita no Kuni Kara dan filem Saigo no Chushingura. Video muzik bintangi oleh AKB48 sendiri iaitu Maeda Atsuko, Oshima Yuko, Kashiwagi Yuki, Takahashi Minami dan pelakon [[Takanori Jinnai|Jinnai Takanori]]. Penggambaran video muzik ini berlaku di sebuah sekolah tinggi yang terletak di Wilayah [[Saitama]] pada akhir November 2011.
 
Video muzik ini adalah mengisahkan kisah empat pelajar, yang mana semua datang dari latar belakang yang bermasalah. Maeda Atsuko memainkan peranan sebagai Ogata Atsuko, seorang gadis tinggal bersama bapanya di Tokyo selepas yang ibu bapabapanya bercerai. Oshima Yuko memainkan sebagai Osawa Yuko, seorang gadis yang bekerja di kelab pelancur secara senyap-senyap untuk menampung perbelanjaan rumah. Kashiwagi Yuki bintangi sebagai Kobayashi Yuki, seorang gadis yang senyap dan bermasalah mental disebabkan sering dibuli di sekolah. Takahashi Minami memainkan peranan sebagai Ichikawa Minami, gadis yang cepat panas baran dan tidak pernah boleh lakukuan dalam satu pekerjaan untuk masa panjang. Jinnai Takanori bintangi sebagai guru kelas mereka berempat itu. Mereka berempat memberi cadangan kepada guru mereka, membentuk satu band muzik bernama Baby Blossom. Bersama-sama, mereka berfikiran matang dan secara beransur-ansur menjadi keyakinan diri.
 
Video muzik termasuk dalam kedua-dua versi Jenis A dan Jenis-B single ini.