Thích Quảng Đức: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Glorious Engine (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Thich Quang Duc''' merupakan sami yang membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap kerajaan pimpinan Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm. Ngô...'
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Thich Quang Duc''' merupakan sami yang membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap kerajaan pimpinan Presiden [[Vietnam]] Selatan Ngô Đình Diệm. Ngô Đình Diệm seorang [[Kristian Katolik]] mengamalkan prosekusi terhadap warga Vietnam yang beragama Buddha. Penganut Buddha dilayan seperti rakyat kelas kedua walaupun mereka terdiri dari 80% penduduk Vietnam Selatan. Minoriti menindas majoriti dan hak beragama mereka dihadkan. Sebagai contoh bendera Buddha tidak boleh dikibarkan pada [[Hari Wesak]] tetapi bendera Vatikan boleh dikibarkan semasa hari keraian Katolik. Ramai pegawai kerajaan Vietnam Selatan menganut agama Katolik semata-mata untuk memastikan mereka tidak dipecat.
 
Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau bagi mendapatkan perhatian dunia yang menutup mata terhadap ketidak adilan Presiden Ngô Đình Diệm yang pada ketika itu mendapat sokongan [[Amerika Syarikat]] didalamdi dalam peperangan Vietnam ketika itu.
 
Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau diatas jalan di bandar Saigon pada 11 Jun1963. Pada hari tersebut beliau dan 350 sami [[Buddha]] yang lain berarak beramai-ramai . Setibanya di persimpangan jalan berhampiran Istana Presiden, Sami Thich Quang Duc keluar dari kereta yang dinaikinya. Seorang sami lain meletakkan bantal diatas jalan dan Sami Thich Quang Duc duduk diatasnya. Kemudian seorang lagi sami menuangkan 5 galon minyak keataske atas tubuh Thich Quang Duc. Beliau membaca mantra memuji Buddha sebelum menyalakan mancis dan membakar dirinya.
 
Thich Quang Duc terbakar dengan marak tetapi menurut saksi yang hadir beliau langsung tidak bergerak dari posisi meditasi lotus beliau maupun mengeluarkan bunyi. Semasa beliau terbakar pihak polis cuba memadamkan api tetapi sami-sami yang berarak berjaya menghalang mereka. Apabila api semakin marak orang ramai dan juga beberapa orang polis mula menyembah Thich Quang Duc yang sudah hangus terbakar. Selepas 10 minit api terpadam dengan sendirinya dan mayat Thich Quang Duc dibawa ke sebuah kuil oleh sami-sami yang lain untuk dibakar dengan sempurna.