Kepanduan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 56 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q872181
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 9:
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh [[United Kingdom]] tidak lama selepas penerbitan ''Scouting For Boys''. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di [[Malta]].
Benih Pengakap bermula di [[Mafeking]], [[Afrika Selatan]], di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika [[Perang Boer]] 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers ([[Afrikaner]]), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi [[fleur-de-lis]], yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
[[Imej: Scout stone 300pixBrownsea.jpg|thumb|300px|Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.]]
 
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, ''Aids to Scouting'' (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada [[1899]]) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.