Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Master of Books (bincang | sumb.)
Baris 331:

Selamat mempertingkatkan usaha murni melalui suntingan di Wikipedia.--[[Pengguna:Smim90|Smim90]] ([[Perbincangan pengguna:Smim90|bincang]]) 07:00, 8 Julai 2013 (UTC)

== Undian untuk kembalikan penggunaan istilah "laman web" ==

Selamat Sejahtera semua,

Saya disarankan oleh Saudara Yosri (di Laman Perbincangan "laman sesawang") untuk membawa usul ini ke Kedai Kopi bagi membuat undian. Jadi, seperti tajuk di atas, saya berharap agar Wikipedia Bahasa Melayu dapat kembali menggunakan istilah "laman web". Jika anda memiliki Kamus Dewan Edisi Empat (terbaru) pasti anda dapat melihat perkataan yang wujud hanyalah "laman web", tak wujud "laman sesawang". '''Harap dapat undian & sokongan yg ramai/banyak untuk pengembalian istilah "laman web".''' '''Hal ini kerana ia (penggunaan "laman sesawang") tidak mengikut standard atau ketetapan rasmi DBP seperti termaktub dalam Kamus Dewan Edisi Empat & tab "Istilah Malaysia" (di laman PRPM) & Kamus Teknologi Maklumat terbitan DBP.'''

Bahkan istilah "laman web" ini sebenarnya telah terlalu jauh & lama digunakan oleh para pengguna Internet di Malaysia sebelum ITNM (kini ITBM) mula-mula memperkenalkan istilah "laman sesawang". Untuk makluman, '''segala standard/piawaian bahasa hanya ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bukannya ITNM''' yang hanya berperanan dalam penterjemahan & penerbitan buku-buku. ITNM-lah sepatutnya mengikut standard DBP, bukan sebaliknya.

Untuk info, jika kita 'google' (cari guna enjin carian), kita dapati '''populariti istilah "laman web" adalah sebanyak 9.29 juta paling popular''', berbanding '''"laman sesawang" hanya berjumlah 455,000 (sedikit)'''. Populariti "laman web" ini pasti '''disebabkan penggunaannya yang jauh lebih lama digunakan sebelum istilah "laman sesawang" diperkenalkan''' ITNM melalui antara buku yang diterjemahkannya.

Bahkan sebagai penutur/pengguna bahasa Melayu kita wajar menggunakan istilah yang telah dibakukan oleh DBP. Jadi adakah salah jika kita menyelaraskan istilah "web page" di Wikipedia Bahasa Melayu dengan menggunakan satu istilah, iaitu "laman web"? Mungkin "web" itu berasal daripada bahasa Inggeris, '''tapi adakah semua perkataan Melayu 100% ditukar kepada bahasa Melayu? Jawapannya tidak semua''', kan?

Contohnya:
* '''Bicycle''' (bi + cycle) -> jadi '''"Basikal"''' (kenapa tak "dua-kitaran/dua-roda/dua-cakera"?)
* '''Headphone''' (head + phone) -> jadi '''"Fon Kepala"''' (lihat, "fon" dikekalkan, tapi ejaan diMelayukan, sedangkan '''"phone" boleh diterjemahkan sebagai "''pembunyi''"''')

Jika alasan diberi ialah "''kita bukan penentu istilah, tapi cuma penyumbang/penulis artikel''", maka siapa kita sebagai penulis? Dari mana muncul perkataan itu sebelum kita menulis? '''Sebenarnya kitalah juga pemilih perkataan (=penentu) yang akan turunkan perkataan di atas kertas maya ini. Lalu, di mana pula tanggungjawab kita sebagai penulis agar dapat melihat perkataan yang terbaik digunakan & mengikut standard DBP?'''

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) juga telah cipta istilah2 dalam bidang Teknologi Maklumat yang menetapkan secara "standard" (baku/piawai) bahawa penggunaanya ialah "tapak web" (web site) dan "laman web" (web page). '''Kita harus terima versi yang ini.''' Dalam Kamus Dewan Edisi Empat muka surat 875, dan dalam tab '''Istilah Malaysia''' di '''Laman PRPM''' (mengandungi istilah2 Teknologi Maklumat) yang memaparkan '''standard untuk penggunaannya di Malaysia''' dalam bidang tersebut. Rujuk sini -> [http://Carian%20kata%20"tapak%20web"%20di%20PRPM%20(Istilah%20Standard%20DBP) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+web]

Untuk makluman semua, tiada langsung istilah "laman sesawang" dalam kamus edisi terbaru terbitan DBP (Kamus Dewan Edisi Empat). Yang wujud hanyalah istilah "laman web" yang diberi makna berikut:
:''dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai melalui Internet.dalam WWW yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen/tapak web lain.''

Manakala di Laman PRPM milik DBP juga, istilah yang wujud dalam kamus (tab) Istilah Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat hanyalah "laman web" (web page). Berkenaan istilah "tapak web" (web site), kalau dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada tercatat istilah "tapak web" tapi dalam kamus Istilah Malaysia di Laman PRPM hanya ada istilah "tapak web" (tiada langsung istilah "tapak sesawang"). '''Ringkasnya, istilah2 "laman web" & "tapak web" ialah standard yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).'''

'''Untuk tatapan anda, saya turunkan senarai istilah2 rasmi atau standard DBP:'''

# '''laman web''' (web page) --> ''Dokumen elektronik dalam WWW yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen/tapak web lain.''

# '''tapak web''' (web site) --> ''Koleksi laman web yang berkaitan.''

# '''luncur web''' (web surfing) --> ''Melawat dari satu tapak web ke tapak web lain.''

# '''rampasan tapak web''' (website hijacking) --> ''Pencerobohan dan perampasan kawalan tapak web yang mengakibatkan laman web asal tidak dapat dicapai.''

# '''pentadbir web''' (webmaster) --> ''Individu yang menghasilkan dan menyenggara tapak web.''

# '''pelayan web''' (web server)

# '''perangkak web''' (web crawler)

# '''bengang web''' (web rage)

# '''lelabah web''' (web spider)

# '''penerbitan web''' (web publishing)

# '''gegantung web''' (bunting web)

# '''sepanduk web''' (banner web)

# '''tv web''' (web tv)

# '''pengurus web''' (web master)

# '''alamat web''' (web address)

# '''pengehosan web''' (web hosting)

# '''televisyen web''' (web-television)

# '''latihan berasaskan web''' (web-based training)

# '''OLAP web''' (web OLAP)

-> Anda boleh lihat rujukan PRPM (bahagian tab "Istilah Malaysia") di sini: [http://Istilah%20Standard%20DBP%20-%20carian%20kata%20"web" http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=web]

'''Lihat''', semuanya '''tidak mempunyai "sesawang"''' sebaliknya '''lebih standard dengan penggunaan "web"'''. Saya tak jumpa "sesawang" dalam carian istilah2 terbitan DBP di Kamus Dewan Edisi Empat, Kamus Dewan Edisi Empat di Laman PRPM, dan di kamus (tab) "Istilah Malaysia" di Laman PRPM.

Jadi, saya '''harap pihak yang berkuasa dalam penetapan di Wikipedia''' ini '''dapat kembali kepada penggunaan "laman web" untuk terjemahan "web page" dan "tapak web" untuk terjemahan "web site".''' '''Untuk itu, undian & sokongan daripada semua rakan penyunting/penulis Wikipedia Bahasa Melayu amatlah diperlukan. Kita memang penulis atau penyunting, tapi kita jugalah orang yang bertanggungjawab ke atas bahasa kita.'''

'''Rujukan Peranan DBP dan ITNM (kini ITBM):'''

'''Peranan DBP:'''
* untuk '''membakukan ejaan dan sebutan''', dan '''membentuk istilah-istilah yang sesuai''' dalam bahasa kebangsaan;
* untuk menggalakkan '''penggunaan bahasa kebangsaan yang betul''';
* untuk '''membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang''' termasuk sains dan teknologi;
* untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
* untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
* untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

'''Peranan ITNM:'''
* untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia.
* memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
* memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa Melayu;
* memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing;
* menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre
[[Pengguna:Master of Books|MoBs]] ([[Perbincangan pengguna:Master of Books|bincang]]) 18:03, 17 Julai 2013 (UTC)