Kelimpahan semula jadi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'right|thumb|300px Dalam kimia, '''kelimpahan semula jadi''' (''natural abundance'', NA) merujuk kepada kelim...'
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Baris 1:
*#LENCONG [[Kelimpahan unsur-unsursemula kimiajadi]]
[[Fail:Relative abundance of elements.png|right|thumb|300px]]
Dalam [[kimia]], '''kelimpahan semula jadi''' (''natural abundance'', NA) merujuk kepada kelimpahan [[isotop|isotop-isotop]] sesuatu [[unsur kimia]] yang secara semula jadi boleh ditemui di satu planet. Jisim atom relatif (purata timbangan) isotop-isotop ini ialah [[berat atom]] satu unsur kimia seperti yang ditulis dalam [[jadual berkala]]. Kelimpahan isotop berbeza dari planet ke planet, malah juga dari tempat ke tempat di Bumi, namun tetap malar setiap masa.
 
Sebagai contoh, [[uranium]] mempunyai tiga isotop yang terhasil secara semula jadi: <sup>238</sup>U, <sup>235</sup>U dan <sup>234</sup>U. Kelimpahan semula jadi masing-masing berjulat di antara 99.2739 - 99.2752%, 0.7198 - 0.7202%, dan 0.0050 - 0.0059%.<ref>{{Citation | title = Uranium Isotopes | url = http://www.globalsecurity.org/wmd/intro/u-isotopes.htm | accessdate = 14 Mac 2012}}</ref> Andainya 100,000 atom uranium dianalisa, seseorang boleh mengagak terdapat kira-kira 99,275 atom <sup>238</sup>U, 720 atom <sup>235</sup>U, dan hanya 5 atau 6 atom <sup>234</sup>U. Ini kerana <sup>238</sup>U adalah jauh lebih stabil daripada <sup>235</sup>U ataupun <sup>234</sup>U, dan ini boleh dibuktikan dengan [[separuh hayat]] setiap isotop: 4.4468&times;10<sup>9</sup> tahun untuk <sup>238</sup>U berbanding dengan 7.038&times;10<sup>8</sup> bagi <sup>235</sup>U dan 245,500 tahun untuk <sup>234</sup>U. Namun, kelimpahan semula jadi sesuatu isotop juga dipengaruhi oleh kemungkinan penciptaannya dalam [[sintesis nuklear]] (seperti dalam kes [[samarium]]; <sup>147</sup>Sm dan <sup>148</sup>Sm yang radioaktif lebih banyak dalam alam semula jadi daripada <sup>144</sup>Sm yang stabil) dan juga oleh penghasilan sesuatu isotop melalui isotop semula jadi radioaktif (seperti dalam kes [[isotop plumbum]] radiogenik).
 
==Sisihan daripada kelimpahan semula jadi==
Daripada kajian tentang Matahari dan meteorit-meteorit primitif, kini telah diketahui bahawa sistem suria pada asalnya mempunyai komposisi isotop yang hampir homogen. Sisihan daripada purata galaktik (yang berubah) yang disampel secara tempatan sekitar masa ketika pembakaran nuklear Matahari bermula, boleh secara umum diambil kira dengan pemeringkatan jisim (lihat rencana berkenaan [[pemeringkatan jisim bebas]]) dan sejumlah terhad pereputan nuklear dan proses-proses transmutasi.<ref>Robert N. Clayton (1978) Isotopic anomalies in the early solar system, ''Annual Review of Nuclear and Particle Science'' '''28''':501-522.</ref> Terdapat juga bukti penyuntikan isotop-isotop berjangka hayat pendek (kini pupus) daripada letupan supernova berdekatan yang mungkin telah memulakan keruntuhan nebula matahari.<ref>Ernst Zinner (2003) [http://www.sciencemag.org/cgi/content/summary/300/5617/265 An isotopic view of the early solar system], ''Science'' '''300''':5617, 265-267.</ref> Oleh itu, sisihan daripada kelimpahan semula jadi di bumi biasanya dinyatakan dalam bahagian per seribu (permil atau ‰) kerana ia kurang daripada satu peratus (%).
 
Satu pengecualian bagi ini terletak di dalam [[butiran pramatahari]] yang ditemui dalam meteorit primitif. Ia telah melangkau proses penghomogenan, dan selalunya membawa tanda nuklear proses-proses sintesis nuklear tertentu yang membentuk unsur-unsur butiran ini.<ref>Ernst Zinner (1998) Stellar nucleosynthesis and the isotopic composition of presolar grains from primitive meteorites, ''Annual Review of Earth and Planetary Sciences'' '''26''':147-188.</ref> Dalam bahan-bahan ini, sisihan daripada kelimpahan semula jadi kadangkala diukur dalam faktor 100.
 
==Lihat juga==
* [[Kelimpahan unsur-unsur kimia]]
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Sifat kimia]]
[[Kategori:Isotop]]