Bandar diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ElphiBot (bincang | sumb.)
k Bot: removing exist language links in wikidata: id
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
Secara umumnya, hanya beberapa negeri sahaja yang memiliki bandar diraja iaitu [[Perlis]], [[Perak]], [[Selangor]], [[Negeri Sembilan]] dan [[Pahang]] namun [[Kedah]] juga memiliki bandar diraja (Anak Bukit) tetapi terletak di daerah Kota Setar (Alor Setar - ibu negeri). Bandar diraja bagi kelima-lima negeri kecuali [[Kedah]] terletak di kawasan di luar ibu negeri masing-masing yang kadang kala jauh dari ibu negeri itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelima-lima Sultan atau Raja bagi lima negeri ini memiliki istana hinggap di ibu negeri masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Biasanya apabila kita menjejakkan kaki ke mana-mana bandar diraja, pasti kita akan dapat melihat papan tanda yang memberitahu bandar tersebut merupakan bandar diraja. Contoh: - '''Pekan Bandar Diraja''' Indah Dan Makmur.
 
Namun baru-baru ini [[Bandar Maharani]] yang merupakan bandar bagi daerah Muar telah dimasyhurkan oleh DYMM Sultan Ibrahim sebagai Bandar Diraja meski tidak terdapat ura-ura bahawa baginda akan bersemayam secara kekal di Muar. Walaupun begitu [[Bandar Maharani]] tetap diiktiraf sebagai Bandar Diraja atas pemasyhuran ini tetapi memiliki format yang berbeza berbanding Lima negeri yang dinyatakan sebelum ini.
 
Kebiasaannya majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri, Perlantikan Menteri Besar dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di bandar diraja kerana di bandar diraja itulah terletaknya '''istana rasmi''' bagi Sultan atau Raja yang memerintah.