Ganja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 25:
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah ''delta 9 tetrahydrocannibinol'' (THC). Ganja juga mengandungi banyak ''cannabinoid'' lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( ''lilpophilic'' ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( ''withdrawal'' ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
 
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak pernah mati danakibat tidakdaripada akan telebihlebihan dos( "overdose" ). Neil Goodman menyebut,
:" ''Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell.''" [Neil Goodman, 2003, erowid.org].