Valens (kimia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
Dalam abad yang lalu, konsep valens berkembang kepada pelbagai cara untuk menjelaskan ikatan kimia, seperti [[struktur Lewis]] (1916), [[teori ikatan valens]] (1927), [[orbital molekul]] (1928), [[teori VSEPR|teori penolakan pasangan elektron petala valens]] (1958) dan semua kaedah rumit [[kimia kuantum]].
 
==Sejarah==
Kata "valens" dalam [[bahasa Melayu]] ialah [[kata pinjaman]] daripada perkataan [[bahasa Inggeris]], "''valence''". Perkataan tersebut boleh dijejak kembali ke tahun 1425 yang bermaksud "ekstrak, penyediaan", dan ia berasal daripada perkataan [[bahasa Latin]] "''valentia''" yang bermaksud "kekuatan, kapasiti". Maksud istilah "''valence''" dari segi kimia pula bermaksud "kuasa mengikat suatu unsur" dan ia berasal daripada perkataan [[bahasa Jerman]] "''Valenz''". Maksudnya dicatat pada tahun 1884.<ref>[http://www.etymonline.com/index.php?search=valence&searchmode=none Valence] - Online Etymology Dictionary.</ref>
 
[[Fail:Higgins-particles.jpg|350px|thumb|Kombinasi zarah-zarah unggul [[William Higgins (ahli kimia)|William Higgins]] (1789)]]
Pada 1789, [[William Higgins (ahli kimia)|William Higgins]] telah menerbitkan satu pandangan yang dianggap beliau kombinasi zarah-zarah "unggul" yang membayangkan konsep [[ikatan valens]].<ref name="Partington" >{{Cite book | last = Partington | first = J.R. | title = A Short History of Chemistry | publisher = Dover Publications, Inc | year = 1989 | isbn = 0-486-65977-1}}</ref> Menurut Higgins, jika, misalnya, daya antara zarah-zarah unggul oksigen dan nitrogen ialah 6, maka kekuatan daya itu akan dibahagikan sama rata, dan begitu juga halnya bagi gabungan zarah-zarah unggul lain (lihat ilustrasi).
 
Namun, pengasasan sebenar teori valensi kimia boleh dijejak kembali pada tahun 1852. Dalam satu kertas kerja oleh [[Edward Frankland]], beliau menggabungkan teori [[radikal bebas]] dan "teori jenis" dengan memasukkan anggapan [[afiniti kimia]] untuk menunjukkan bahawa sesetengah unsur mempunyai kecenderungan untuk bergabung dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian dengan 3, seperti mana dalam kumpulan tiga atom (contohnya ''NO<sub>3</sub>'', ''NH<sub>3</sub>'', ''NI<sub>3</sub>'' dll.) atau 5, seperti mana dalam kumpulan lima atom (contohnya ''NO<sub>5</sub>'', ''NH<sub>4</sub>O'', ''PO<sub>5</sub>'' dll.) persamaan unsur-unsur yang bergabung. Menurut Frankland, cara inilah boleh memuaskan afiniti unsur-unsur. Mengikut contoh-contoh dan postulat-postulat ini, Frankland menyatakan betapa jelasnya bahawa:<ref>Frankland, E. (1852). Phil. Trans., vol. cxlii, 417.</ref>
 
{{Cquote|Satu kecenderungan atau hukum diamalkan (di sini), dan bahawa, tidak kira apa ciri-ciri atom-atom yang bergabung itu, '''kuasa penggabungan''' unsur-unsur yang menarik, jika saya boleh menggunakan istilah tersebut, sentiasa dipuaskan oleh jumlah sama atom-atom ini.<ref>Petikan asal dalam bahasa Inggeris:<br />"''A tendency or law prevails (here), and that, no matter what the characters of the uniting atoms may be, the '''combining power''' of the attracting element, if I may be allowed the term, is always satisfied by the same number of these atoms.''"</ref>}}
 
"Kuasa penggabungan" ini kemudiannya dinamakan '''kuantivalens''' atau valensi (dan valens oleh ahli-ahli kimia Amerika).<ref name="Partington" />
 
===Kovalens===
Konsep kovalens dibangunkan pada pertengahan abad ke-19 sebagai percubaan untuk merasionalkan [[formula kimia|formula]] [[sebatian kimia|sebatian-sebatian kimia]] yang berbeza. Pada tahun 1919, [[Irving Langmuir]] telah meminjam istilah yang digunakan untuk menjelaskan model [[atom kiub]] [[Gilbert N. Lewis]] dengan menyatakan yang "bilangan pasangan [[elektron]] yang mana-mana atom kongsi dengan atom bersebelahan dinamakan ''kovalens'' atom itu". Imbuhan awalan ''co-'' membawa maksud "bersama-sama", maka ikatan ko-valen bermaksud atom-atom itu berkongsi valens. Oleh itu, sekiranya satu atom mempunyai valens +1, ia mempunyai satu elektron lebih daripada [[petala elektron|petalanya]] yang lengkap, dan jika ia mempunyai valens -1, ia kekurangan satu elektron dan memerlukan satu elektron untuk melengkapkan petala luarannya. Ikatan antara kedua-dua atom ini boleh terjadi kerana kedua-dua atom akan menyeimbangkan dengan berkongsi kecenderungan valens masing-masing yang tidak seimbang. Kini, istilah [[ikatan kovalen]] lebih kerap digunakan daripada "valens", yang semakin kurang digunakan dalam kajian-kajian tahap tinggi dengan kemajuan dalam teori ikatan kimia, tetapi istilah "valens" masih lagi digunakan secara meluas dalam pembelajaran tahap rendah yang memerlukan pengenalan heuristik bagi subjek ini.
 
==Valens biasa==
Bagi unsur-unsur dalam [[kumpulan jadual berkala|kumpulan]] utama [[jadual berkala]] (kumpulan dalam blok s dan p), valensnya adalah daripada satu hingga tujuh, tetapi biasanya unsur-unsur ini membentuk beberapa ikatan daripada satu hingga empat. Bilangan ikatan yang dihasilkan oleh suatu unsur dahulu dianggap sebagai satu ciri kimia yang tetap. Sebenarnya, dalam banyak keadaan hal ini tidak benar. Misalnya, [[fosforus]] selalunya memiliki valens tiga, tetapi boleh juga memiliki valens-valens lain.
 
Walau bagaimanapun, banyak unsur kimia mempunyai valens yang serupa mengikut kedudukannya dalam jadual berkala, mengikut [[hukum oktet]]. Unsur-unsur dalam [[logam alkali|kumpulan 1]] (logam alkali) dan [[halogen|17]] (halogen) biasanya mempunyai valens 1; unsur-unsur dalam [[logam alkali bumi|kumpulan 2]] (logam alkali bumi) dan [[kalkogen|16]] (kalkogen) mempunyai valens 2; unsur-unsur [[kumpulan 13]] (kumpulan boron) dan [[kumpulan 15|15]] (kumpulan nitrogen) memiliki valens 3; unsur dalam [[kumpulan 14]] (kumpulan karbon) mempunyai valens 4.
 
''Polivalens'' atau ''multivalens'' merujuk kepada [[spesis kimia]] yang tidak terhad kepada satu nombor [[ikatan kimia|ikatan]] valens. (Spesis yang mempunyai satu valens sahaja digelar monovalen atau univalen). Misalnya, [[kation]] Cs<sup>+</sup> ialah kation monovalen, manakala kation Ca<sup>2+</sup> pula ialah kation dwivalen, polivalen atau multivalen dan kation Fe<sup>3+</sup> pula ialah ikatan trivalen, polivalen atau multivalen.
 
==Lihat juga==