Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41:
Menurut sumber mulut-ke-mulut yang diceritakan oleh orang-orang tua di Kampung Meru, sungai ini adalah tempat yang terkenal di dalam cerita rakyat, iaitu kisah ''Batu Belah Batu Bertangkup'', di mana kisah seorang ibu yang mahu makan telur belacak, dan akhirnya ditelan oleh batu ajaib selepas dia melarikan diri, berasa kecewa dengan anaknya yang memakan telur belacak berharga itu tanpa kebenaran dari ibu tersebut. Ibu tersebut meminta untuk ditelan oleh batu itu sendiri dan dikunci di dalam buat selama-lamanya.
 
===Permulaan (1917-1923)===
Dikatakan bahawa sejarah Sungai Binjai lebih tua dari Kampung Meru sendiri, dan mengapa sekolah ini dinamakan selepas itu. Sekolah ini telah dikenali sebelum ini sebagai Sekolah Melayu Sungai Binjai. Sekolah ini telah mula dibina oleh masyarakat tempatan (yang terdiri dari suku Jawa) pada tahun 1917 untuk memenuhi keperluan penduduk di Kampung Meru, di bandar Klang untuk membolehkan anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya. Pada 6 Oktober 1917, sekolah ini bermula dengan hanya 49 orang murid. Pengasas dan Guru Besar yang pertama, En. Abdul Karim b. Taari adalah satu-satunya guru pada masa itu yang berkhidmat untuk sekolah.