Perbezaan antara semakan "Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai"

tiada ringkasan suntingan
'''Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai''' ([[Jawi]]:سكوله كبڠسأن سوڠاي بينجاي ), atau nama ringkasnya ''SK Sungai Binjai'', ''SKSB'' dan adakalanya ''Binjai'' di sekitar Klang, ialah sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 6, Pekan Meru. Asal nama sekolah ini adalah dari sebatang pokok buah binjai yang tumbuh di tepi sungai yang kini dikenali sebagai Sungai Binjai. Sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, diikuti oleh Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Arab.
 
SK Sungai Binjai merupakan sekolah yang pertama dan tertua sekali dibina di [[Meru, Selangor|Meru]] sebelum munculnya sekolah-sekolah yang lain seperti SK Meru Jalan Tap, danSK Meru (2), SK (1) Jalan Meru dan SK (2) Jalan Meru.
 
Pada tahun 2013, dianggarkan kira-kira 1522 pelajar (Tahun 1-3) pada sesi petang dan 1746 pelajar (Prasekolah-Tahun 6) pada sesi pagi, menjadikan jumlah pelajar di sekolah ini 3268 orang. Terdapat sejumlah 91 kelas (44 kelas untuk sesi petang, 43 kelas untuk sesi pagi dan 4 kelas pra-sekolah) sama <sup>Januari 2013</sup><ref>Rekod dari Pejabat Guru Besar, SK Sungai Binjai, 2013</ref>. Sekolah ini telah dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi pagi untuk pra-sekolah dan murid-murid Tahap 2 (Tahun 4 - Tahun 6), dan sesi petang untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1 - Tahun 3). Kedua-dua sesi adalah dalam pentadbiran yang sama, bagaimanapun sesi petang telah diberikan kepada Guru Penolong Kanan (GPK) Petang untuk mentadbir dan mengendalikan apa-apa perkara rasmi mengenai para murid dan para guru sesi petang.
Pengguna awanama