Bendera Brunei: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Brunei_flag_large.png|right|thumb|250px|Nisbah bendera: 1:2]]
'''Bendera Brunei''' diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan negeri naungan (protektorat) [[United Kingdom]] dan dikekalkan apabila [[Brunei]] mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Bendera ini terdiri daripada lambang negara di bahagian tengah dengan latarbelakang warna kuning dan pepenjuru hitam dan putih di bidang bendera.
 
Lambang negara terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung adalah sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit terdapat kekata dalam [[tulisan Jawi]], "''Sentiasa berkhidmat dengan panduan Tuhan''" dan di bawah bulan sabit, kekata "''Negara Brunei Darussalam''" juga dalam tulisan Jawi.