Penaklukan Empayar Aztek oleh Sepanyol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q828435
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 8:
Kapalnya mula mendarat di pulau [[Cozumel]] di luar semenanjung Yucatan. Di sana Cortés bertemu dengan seorang Sepanyol bernama [[Gerónimo de Aguilar]] seorang [[paderi]] yang terpaksa hidup dengan masyarakat [[Maya]] selepas kapalnya karam pada 1511. Aguilar telah menjadi aset yang tidak ternilai bagi Cortés, dan diberi tugas sebagai [[penterjemah]] dwi-bahasa iaitu bahasa Sepanyol dan Maya.
 
Masalah [[komunikasi]] mula timbul, apabila pihak Sepanyol berlayar ke arah utara di mana orang tempatannya menggunakan bahasa yang berlainan. Walaupun begitu, Cortez bernasib baik kerana setelah menewaskan tentera puak [[Tabasco]], penghulunya menganugerahkan 20 [[hamba abdi]] wanita termasuk seorang gadis yang fasih dalam kedua bahasa Náhuatl (bahasa kaum AztecAztek) dan Maya. Gadis yang cerdik ini yang bernama [[La Malinche]] telah dibaptiskan dan diberi nama Sepanyol, Doña Marina. Ini telah menambahkan kuasa Cortez kerana kini dia mempunyai dua penterjemah dan boleh berinteraksi dengan puak Maya dan Aztek.
 
== Tenochtitlan ==
Baris 24:
Pihak Sepanyol ini telah diterima oleh Moctezuma dan para pembesarnya dengan tangan terbuka dan dijemput ke tempat penginapan mereka ke mahligai Atzayacatl, kepunyaan ayahanda baginda. Moctezuma telah berusaha untuk mengambil hati pelawatnya ini dengan meraikannya dengan pelbagai pesta dan jamuan besar-besaran.
 
Namun Cortes dengan situasinya yang berbahaya itu dikelilingi oleh musuh yang jauh lebih besar berbanding tenteranya yang sedia ada. Cortés kemudiannya meminta lebih hadiah berbentuk emas untuk dihadiahkan kepada Raja [[Charles V]]. Beliau juga mengarahkan maharaja itu untuk membuang dua patung gergasi dari [[kuil piramid utama]] di dalam ibu kota itu serta mencucikan darah manusia yang telah menjadi [[korban]]. Tindak-tanduk ini telah membangkitkan kemarahan rakyat AztecAztek disana. Akhir sekali dalam satu perjumpaan sulit, Cortés dan La Malinche sebagai penterjemahnya telah meminta Moctezuma untuk menaikkan [[salib]] serta dua tempat pemujaan untuk [[Maryam]] dan [[St. Christopher]] menggantikan tempat patung-patung pujaan mereka. Walaupun maharaja itu mengikuti arahan beliau, Cortés telah mengambilnya sebagai tebusan dan ditahan dalam mahligainya sendiri sebagai insuran dari pemberontakan kaum Aztek.
 
Untuk menambahkan masalah, Cortés menerima berita buruk bahawa satu pasukan Sepanyol telah dihantar oleh [[Velázquez]] untuk menangkapnya kerana mengingkari perintahnya iaitu tidak menakluki negara Mexico. Beliau mengamanahkan pentadbiran ibu kota itu kepada leftenannya yang dipercayai iaitu leftenan [[Pedro de Alvarado]]. Lalu, dia dan askarnya bergerak ke arah expedisi Cuba dan menewaskan mereka yang dipimpin oleh [[Pánfilo de Narváez]]. Cortés kemudiannya mengkhabarkan kepada pihak yang kalah tentang ibu kota emas di Tenochtitlán, dan mereka bersetuju untuk menyertai tentera Cortés.
 
Apabila Cortés kembali ke ibu kota itu, beliau mendapati Alvarado dan askarnya telah membunuh secara beramai-ramai kesemua bangsawan AztecAztek dan mereka yang masih hidup telah menabalkan maharaja yang baru iaitu [[Cuitláhuac]]. Alvarado telah membuat demikian kerana menyangka upacara keagamaan mereka itu sebagai satu pemberontakan. Cuitláhuac kemudiannya mengarahkan perwiranya untuk mengepung mahligai yang diduduki oleh pihak Sepanyol dan Moctezuma. Cortés tiada pilihan lain dan terpaksa meminta Moctezuma untuk bercakap dianjung mahligai kepada rakyatnya dan mendesak mereka untuk membiarkan askar Sepanyol keluar secara aman. Namun demikian, rakyatnya yang sudah benci dengannya terutama sekali selepas mencemarkan agama mereka dengan menaikkan [[salib]] di [[kuil]] mereka dan juga pembunuhan yang diarahkan oleh Alvarado. Lalu merekapun mengejeknya dan membaling batu-batu besar kearahnya dan Moctezuma menerima kecederaan yang teruk dikepalanya. Cortés bersama-sama [[La Malinche]] cuba untuk berunding dengan puak yang menentangnya tetapi perundingan itu berakhir apabila [[maharaja]] itu mangkat dua minggu selepas itu pada 30 Jun, [[1520]].
 
Dibawah pengganti Moctezuma, Cuitláhuac, kaum Aztek melancarkan pengepungan besar-besaran terhadap pihak conquistadores. Dengan kurangnya bekalan makanan dan minuman, tentera Sepanyol dan sekutunya dari puak Tlaxcalan telah cuba keluar dari ibu kota itu dalam kegelapan malam yang dipanggil ''La Noche Triste'', Malam yang Sedih. Namun kaum Aztek telah diberi amaran lalu mereka menyerang musuh mereka dengan sepenuh hati. Beratus tentera telah dibunuh dan ditawan. Manakala yang lainnya yang dibebani dengan emas dan perak yang mereka rampas, telah jatuh kedalam empangan dan mati lemas. Cortés yang kecewa itu kemudiannya rebah dan menangis dibawah pohon ahuehuete yang masih berdiri di Bandar raya Mexico hingga ke hari ini.
Baris 34:
Walaupun ramai tentera Cortés yang mati, mereka masih tidak berputus asa. Tentera Sepanyol yang selamat dan sekutunya kembali ke kawasan Tlaxcalan untuk bergabung semula. Dalam beberapa bulan berikutnya, mereka merawat kembali tentera-tentera mereka dan dilatih hampir setiap hari. Merangka strategi baru, Cortes membina sebuah armada untuk serangan seterusnya.
 
Pada Jan 1521 Conquistadores sekali lagi memasuki lembah Mexico. Mereka mengadakan satu siri serbuan di seluruh desa dan menawan benteng AztecAztek di Texcoco, dari mana mereka boleh melancarkan serangan dengan menggunakan armada baru. Pada bulan Mei, Cortés memulakan serangan terakhirnya pada Tenochtitlan, serangan berpecah kepada pelbagai arah, dengan bahagian-bahagian yang berasingan dan bergerak melalui jalan air.
 
Tentera AztecAztek berjuang dengan berani di bawah kepimpinan maharaja terakhir AztecAztek, Cuauhtemoc, yang namanya diterjemahkan sebagai "falling eagle" atau seli "setting sun". Dihentam dengan penyakit baru yang diperkenalkan oleh tentera Sepanyol, air bersih dan makanan mereka disekat oleh tentera Sepanyol, mereka telah berjuang habis-habisan dalam tempoh masa 80 hari pengepungan dasyat tentera Sepanyol, dan akhirnya menyerah diri pada 13 Ogos, 1521, itupun setelah pemimpin mereka ditangkap dan Cortés menghulurkan pisau kepadanya dan dia Cuauhtemoc berkata, "Saya telah lakukan apa yang boleh saya buat dengan penduduk saya, sekarang giliran awak pula untuk lakukan apa yang awak nak kepada saya".
 
Bergembira dengan kemengan mereka, Conquistadores hanya membiarkan empayar AztecAztek dalam keadaan terbiar, mereka membuang segala nilai dan adat resam penduduk AztecAztek selagi mereka boleh, dan membakar banda Tenochtitlán, dan meruntuhkan kuil empayar AztecAztek.
 
Menurut kepada cerita lain di empayer AztecAztek, pada tahun 1519 dijanjikan tuhan mereka iaitu Quetzalcóatl akan pulang dari timur. Tentera Sepanyol bertemu dengan sekutu pertama mereka yang dimiliki oleh AztecAztek. Dengan 6000 askar baru yang semuanya warga tempatan, mereka menghampiri pulau AztecAztek iaitu Tenochtitlán yang dikatakan lebih besar dari mana-mana bandar di Sepanyol sendiri. Raja Moctezuma II menjemput tentera-tentera itu masuk ke bandar utama mereka dan menjadikan Moctezuma sendiri sebagai tebusan. Pada 13 Ogos 1521, penentangan AztecAztek kepada tentera Sepanyol telah berakhir. Jumlah penduduk peribumi yang pada ketikanya berjumlah 25 juta orang telah menurun kepada 1 juta orang sahaja menjelang 1605.
 
== Lihat juga ==