Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
'''Pelakon Wanita Terbaik (Drama)''' merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam [[Anugerah Skrin]] yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf [[pelakon]] wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2, TVi), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta WBC.
 
Aktres terkenal [[Umie Aida]] merupakan pemenang terbanyak untuk kategori ini iaitu sebanyak 34 kali, dan beliau satu-satunya pelakon yang memenangi anugerah lakonan terbaik di ASK dalam 3 dekad berbeza (90an, 00an dan 10an). [[Haliza Misbun]] merupakan pelakon yang gagal memenangi sebarang anugerah untuk kategori ini biarpun menerusi 4 pencalonan. Pelakon komedi [[Jasmin Hamid]] merupakan satu-satunya aktres yang memenangi kategori ini menerusi watak komedi, beliau juga merupakan pemenang termuda kategori ini bersama [[Zizie Ezette]] apabila menang pada usia 25 tahun masing-masing pada tahun 1997 dan 2003.
 
Anugerah ini setara dengan anugerah [[Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin |Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)]] yang diberikan kepada pelakon lelaki.