Biologi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Migrating 184 interwiki links, now provided by Wikidata on d:q420 (translate me)
Tofeiku (bincang | sumb.)
Sumber: Kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
Baris 7:
[[Fail:Gamma phage.png|thumb|150px|Virus - Gamma phage]]
 
'''Biologi/بيولوݢي''' (pinjaman [[bahasa Inggeris]]: ''biology'': dari [[bahasa Greek]]: βίος, bios, "[[kehidupan]]"; λόγος, logos, "kata") adalah kajian saintifik mengenai [[hidup]]. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan [[benda hidup]]. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab [[spesies]] wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.
 
Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Baris 15:
Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus. [[Botani]] merupakan kajian tumbuh-tumbuhan, [[zoologi]] merupakan kajian haiwan, dan [[mikrobiologi]] merupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka. [[Biokimia]] mengkaji kimia asas hidup, [[biologi molekul]] mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, [[biologi sel]] mengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitu [[sel]], manakala [[fisiologi]] merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, dan [[ekologi]] merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.
 
== Pengenalan ڤڠنلن ==
Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas:
 
Baris 29:
* dan jangkaan melalui [[xenobiologi]] pada tahap hidupan selain di [[bumi]].
 
== Asas biologi اساس بيولوݢي ==
Biologi tidak sama seperti sistem hukan alam yang tidak berubah yang dijelaskan dengan [[matematik]]. Sistem Biologi mempunyai kecendurungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walau bagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim.
 
Sains biologi moden dikatakan berteraskan empat prinsip penyatuan, iaitu [[teori sel]], [[evolusi]], [[genetik]] dan [[homeostasis]].
 
=== Teori sel تيوري سيل ===
:''Rencana utama: [[Teori sel]]''
 
Sel merupakan unit asas hidup. Teori sel menyatakan bahawa setiap benda hidup terdiri daripada satu atau lebih buah sel, atau hasil [[rembesan]] sel-sel tersebut, seperti [[cangkerang]] atau [[tulang]]. Sel dihasilkan daripada sel lain, melalui [[pembahagian sel]], dan untuk organisma multisel, setiap sel dalam tubuh dihasilkan daripada sel tunggal dalam telur tersenyawa. Sel juga dianggap sebagai bahagian asas proses patologi sesebuah organisma.
 
=== Evolusi ايۏولوسي ===
:''Rencana utama: [[Evolusi]]''
 
Satu konsep utama biologi ialah kehidupan berubah dan berkembang melalui [[evolusi]] dan setiap benda hidup mempunyai asal bersama ([[keturunan sepunya]]). Oleh itu, unit dan proses setiap organisma mempunyai persamaan yang nyata.
 
=== Teori gen تيوري ݢين ===
:''Rencana utama: [[Genetik]]''
 
Bentuk dan fungsi biologi diwujudkan dan diwariskan kepada generasi kemudian melalui [[gen]], yang merupakan unit [[pewarisan]] utama.
 
=== Homeostasis هوميوستاسيس ===
:''Rencana utama: [[Homeostasis]]''
 
Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui [[keseimbangan dinamik]] berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung. Setiapp organisma hidup, baik unisel atau multisel mampu berhomeostasis. Contohnya pada tahap sel, homeostasis berperanan mengekalkan [[pH]], pada tahap organisma pula, homeostasis berperanan mengekalkan [[suhu]] dalaman badan bagi [[organisma berdarah panas]]. Dalam konteks [[ekosistem]], homeostasis boleh merujuk kepada pengekalan tahap [[karbon dioksida]] dalam [[atmosfera]] oleh tumbuh-tumbuhan yang mampu ber[[fotosintesis]].
 
== Bacaan lanjut باچا<sup>ء</sup>ن لنجوت ==
* {{en}} Reece, J.B., L.A. Urry, M.L. Cain, S.A. Wasserman , P.V. Minorsky, and R.B. Jackson. (2010). Campbell Biology. 9th edition. [[San Francisco]]: Pearson Education Inc. ISBN 978-0-321-55823-7
* {{en}} Solomon, E., B. Linda, and D.W. Martin. (2007). Biology. 8th edition. [[Belmont]]: Thomson Broooks/Cole Publication. ISBN 978-0-495-10705-7
 
== Pautan luar ڤا<sup>ء</sup>وتن لوار ==
* [http://www.dnalc.org/ The Dolan DNA Learning Center: The source for timely information about your life]
* [http://www.ohiou.edu/phylocode/index.html OSU's Phylocode]
Baris 68:
* [http://bio-alive.com/ Biology Video Sharing Community].
 
== Jurnal biologi جورنل بيولوݢي ==
* [http://biology.plosjournals.org/perlserv/?request=index-html&issn=1545-7885 PLos Biology] A peer-reviewed, open-access journal published by the Public Library of Science
* [http://www.biolsci.org International Journal of Biological Sciences] A biological journal publishes peer-reviewed scientific papers of significance