Jabatan Pembangunan Kemahiran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Jabatan Pembangunan Kemahiran''' merupakan salah sebuah daripada Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Mala...'
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Jabatan Pembangunan Kemahiran''' merupakan salah sebuah daripada Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa [[Kementerian Sumber Manusia Malaysia]].
 
Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam 13 skim perkhidmatan awam.
 
Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.
 
==Ketua Pengarah==
* Datuk Dr. Pang Chau Leong
 
 
==Pautan luar ==