Pisang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 61:
[[Daun pisang]] biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
 
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni dan malah untuk tenunan pakaian. <ref>[http://books.google.com.my/books?id=z5k25F0J85cC&pg=PA7&dq=Pakaian+serat+pisang&hl=en&sa=X&ei=1KISU4vYNovBiQfApIGACQ&ved=0CFIQ6AEwBg#v=onepage&q=Pakaian%20serat%20pisang&f=false 40 desain kebaya modern, By Mardiah Faraz]</ref> Serat pisang yang digunakan dikenali sebagai serat Abaka.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=ckeaZarYwZUC&pg=PA29&dq=Pakaian+serat+pisang&hl=en&sa=X&ei=1KISU4vYNovBiQfApIGACQ&ved=0CGgQ6AEwCQ#v=onepage&q=Pakaian%20serat%20pisang&f=false Ilmu Pengetahuan Sosial, By Waluyo, Suwardi, Agung Feryanto, Tri Haryanto]</ref> Di [[Okinawa]], [[Jepun]], baju yang dihasilkan dari serat pokok pisang dikenali sebagai ''Bashofu'' dan kesenian menghasilkannya pula dikenai sebagai [[Kijōka-bashōfu]].
 
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat [[pengat pisang]], dan dijadikan [[kerepek]]. Selain buah pisang, [[jantung pisang]] juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.